Selepas hampir sebulan berehat kerana kasut sukan koyak, akhirnya saya kembali memulakan rutin berjalan kaki. Kasut baharu sudah berganti, sekarang tiba masanya untuk membina semula momentum yang hilang.
2KM pertama menjadi permulaan selepas sekian lama berehat. Nampak macam dekat, tetapi mengah pun ada! 😅 Barulah terasa stamina mungkin sudah tidak seperti dahulu.
Tak apa, tak mahu terlalu memaksa diri. Biarlah bermula dengan jarak yang pendek sebelum menambahnya sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. (ayat sedapkan hati 😅)
Hari ini 2KM, esok kita cuba lagi! 💪 Semoga langkah kecil ini menjadi permulaan kepada rutin yang lebih konsisten.
dulu cikgu ajar, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. semoga dari 2km jadi 3km pulak lepas ni.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat beriadah.
ReplyDeletego goooo kak !
ReplyDeleteEntahla bila nak seret kaki semula ni.
ReplyDeleteSemangaaà at kak Shuhaida 🎉🎉🎉🎉. Tubuh perlu waktu untuk adaptasi. Lama2 asalkan konsisten, akan bertambah juga jaraknya, dan stamina akan lebih kuat
ReplyDeleteDah lama tak naik atas treadmill ni walau ia ada depan mata.. hehehe..
ReplyDeleteSemoga terus bersemangat & tidak mudah mengalah. Terus berusaha!!
ReplyDeletePost a Comment