Ancaman Jerebu: IPU Cheras Cecah Tahap Tidak Sihat dan Sekolah Diarah Ditutup

Sejak kebelakangan ini, isu jerebu kembali menjadi perhatian apabila beberapa kawasan di Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan jarak penglihatan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya golongan kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.


Berdasarkan rekod JAS setakat 9 malam, Segamat di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi iaitu 189, diikuti Seremban dan Nilai di Negeri Sembilan, masing-masing dengan bacaan 189 dan 184. Manakala kawasan Cheras mencatatkan bacaan IPU 169. Bacaan ini berada dalam kategori tidak sihat.



Apabila bacaan IPU mencecah tahap tidak sihat, orang ramai perlu lebih berhati-hati dan mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar. Berikutan bacaan IPU tinggi, kebanyakkan sekolah di sekolah Selangor mula ditutup mulai esok, 8 Oktober 2026.

Langkah berjaga-jaga ketika jerebu:
  • Gunakan pelitup muka yang sesuai jika perlu berada di luar.
  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, terutama ketika jerebu semakin teruk.
  • Pastikan tingkap ditutup apabila keadaan udara di luar tidak baik.
  • Minum air secukupnya dan dapatkan bantuan perubatan jika mengalami kesukaran bernafas.
  • Dapatkan rawatan jika mengalami simptom seperti batuk, sukar bernafas atau mata berair, segera berjumpa doktor.

Pantau bacaan IPU terkini melalui portal rasmi Jabatan Alam Sekitar.
Bacaan rasmi boleh disemak di Portal APIMS Jabatan Alam Sekitar.

Jaga kesihatan, pantau kualiti udara dan utamakan keselamatan. Semoga keadaan udara kembali pulih dan semua dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Sumber : 
Unhealthy API readings in 38 Malaysian towns as haze persistsJerebu : Sekolah ditutup mulai esok, jika IPU lebih 180 – KPM

Nota penyunting: Bacaan 169 ialah rekod pada jam 8.00 malam dalam apps APIMS.

2 Comments

  1. Sekolah dekat jdt pun cuti dua hari akibat jerebu.

    ReplyDelete
  2. Makin teruk. Bagus KPM ambil langkah tutup sekolah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post