Sarapan Pagi di Warong Kopi Pagi Kampung Baru – Ayah Janji, Ibu Tumpang Sekali!

Ada satu perjanjian antara ayah dengan anak. Bila ayah dah berjanji nak bawa anak bersarapan di suatu tempat tu, kenalah tunaikan. Rezeki ibu macam selalu, dapatlah faedah bersama. Hahaha!

Seawal pagi, selepas selesai tuntutan kerja di pagi minggu, kami terus bergerak ke Kuala Lumpur. Sanggup meredah jem semata-mata nak menikmati sarapan pagi di Warong Kopi Pagi, Kampung Baru.

Bukan selalu dapat peluang bersarapan bersama begini untuk dinikmati.

Gambar Google

Warong ini lokasinya berhadapan Wisma Hijrah, Kampung Baru. Kereta parking di kawasan tempat cuci kereta sebelum warong, RM5 per entri.

Sampai sahaja di sini, kami terus melihat menu dan membuat pesanan. Antara menu yang kami pilih untuk sarapan pagi kali ini ialah:

Lempeng Kelapa RM5.00

Lempeng Mat Salleh Choc RM6.90

Teh Tarik & Teh O Ais - RM2.00 masing-masing

Lontong RM6.00 + rendang ayam tak ingat berapa RM

Nugget & Fries RM5.90

Semua menu sedap! Alhamdulillah, semuanya menepati selera. Ada hidangan tradisional, ada juga pilihan yang lebih santai seperti pancake coklat dan fries.

Masing-masing ada pilihan sendiri. Yang penting, semua dapat makan dengan puas hati, total hangus RM34.00.

Haa... ini bahagian yang paling kelakar.

Sebenarnya, ada satu lagi menu yang kami rancang nak order iaitu Roti Titab. Masa beratur untuk membuat pesanan, entah macam mana boleh terlupa pula satu menu ini. Mungkin asyik sangat tengok menu lain sampai Roti Titab langsung tak masuk dalam senarai pesanan. Hahaha!

Bila semua dah selesai makan, baru teringat yang Roti Titab tak dipesan. Sudahnya, tak merasa juga menu tersebut kali ini. Kena datang lagi ni! 😁

Terima kasih ayah sebab tunaikan janji. Ibu pun tumpang sekaki merasa sarapan sedap pagi ini.

Kepada yang mencari tempat untuk bersarapan di sekitar Kampung Baru, bolehlah masukkan Warong Kopi Pagi dalam senarai tempat untuk dikunjungi.

Cuma kalau datang nanti, jangan lupa semak betul-betul pesanan sebelum tinggalkan kaunter. 😂Takut jadi macam kami, Roti Titab hanya tinggal dalam ingatan. Hahaha!

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Next Post Previous Post