24 May 2019

Cara Menguruskan Uri Mengikut Islam


Balik dari kerja semalam, buka peti ais bau hanyir kuat sangat dalam peti ais. Hampir terduduk dan termuntah dibuatnya. Bila tanya en suami, katanya emak mertua letak uri dalam peti ais bahagian sejuk beku untuk kami uruskan.

Maaf bukan nak menghina, tapi shu fobia bau darah. Nasib lah tak pengsan atau termuntah, naya puasa i haritu. Jadi en suami ambil tanggungjawab untuk cuci uri kakak ipar. Allahu.. beliau cuci, shu yang masak terasa kembang tekak. 

Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. 

Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 

Cara menguruskan uri
  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  6. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti.
  8. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
  9. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  10. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  11. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  12. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). 

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.

Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat..

Gayung tua, gayung memutus (144)

Kata-kata orang tua biasanya betul.

23 May 2019

15 Adab Dan Tradisi Melayu Ketika Melawat Atau Menziarahi Orang

Menerima perkhabaran gembira, kakak ipar sudah selamat melahirkan bebi boy pada pagi tadi. Alhamdulillah.. nak berkunjung hendaklah mengikuti beberapa garis adap dan tradisi kita ketika melawat atau menziarahi orang, bukan main serbu saja. Tapi tak mustahil ada saja macam tu.

1. Meminta Izin
Sila pastikan anda membuat temu janji dan meminta izin terlebih dahulu dengan tuan rumah sebelum berkunjung ke rumahnya. Ini untuk mengelakkan daripada tetamu "menerjah" ke rumah pada masa tuan rumah dalam keadaan yang belum bersedia. 

2. Berniat Baik
Ikhlaskan niat yang baik-baik sahaja sebelum berkunjung ke rumah orang. Janganlah sesekali terlintas di fikiran hendak memerhatikan perabot yang digunakan murah atau mahal ataupun makanan apa yang akan dijamu dengan niat untuk membawang.

3. Mengucapkan Salam dan Minta Izin Sebelum Masuk Rumah
Dalam ajaran Islam, jika setelah memberi salam tiga kali dan tiada jawapan daripada tuan rumah, maka tetamu harus beransur pulang. Dan jangan sesekali menerpa masuk ke dalam rumah orang tanpa diberi keizinan walaupun pintu rumahnya terbuka luas.


4. Tidak Menghendap atau Mengintip di Depan Pintu
Tetamu dilarang sama sekali mengintip tuan rumah dari sebalik tingkap atau pintu untuk memeriksa sama ada mereka ada di rumah atau tidak. Ini bukan mesyuarat tingkap atau pintu ya.

5. Tidak Terlalu Kerap Berkunjung ke Rumah yang Sama hingga Berlebih-lebihan
Lawatan tetamu hendaklah berpada-pada. Janganlah bertandang selang dua hari sekali atau terlalu kerap sehingga mengakibatkan tuan rumah berasa tidak selesa.

6. Pilih Waktu yang Sesuai
Tetamu harus mengelakkan bertandang ke rumah orang pada waktu-waktu umum untuk tidur atau berehat seperti pagi-pagi buta, tengah hari ataupun lewat malam. Seelok-eloknya, tanya terlebih dahulu pada tuan rumah waktu apakah yang paling sesuai untuk berkunjung. 

7. Menghormati Privasi Tuan Rumah
Tetamu hendaklah menjaga pandangan daripada mata meliar memerhatikan ahli keluarga tetamu, bilik-bilik ahli keluarga, susun atur rumah atau perkakas yang digunakan.

8. Duduk hanya di Tempat yang Telah Diizinkan
Duduk hanya apabila diizinkan dan apabila tuan rumah telah menunjukkan anda tempat duduk yang dikhaskan, janganlah sesuka hati berpindah ke bahagian lain atau sengaja meneroka tempat duduk yang lain.
Perkara yang sama sekiranya anda ingin bermalam di rumah orang. Hanya tidur di bilik yang telah disediakan. Jangan berpindah-randah atau menggunakan bilik lain tanpa kebenaran tuan rumah.

9. Jangan Mengintai atau Memasang Telinga
Sesetengah orang bertelinga lintah gemar mencuri dengar perbualan tuan rumah dengan pasangan atau perbincangan sesama ahli keluarga mereka. 

10. Jaga Tatatertib Anak-anak
Perhatikanlah anak anda sekiranya bertandang ke rumah orang. Jangan leka dengan membiarkan anak anda bermain-main dengan perabot atau perkakas rumah, memukul anak tuan rumah atau bertempik-tempik sambil lari bertempiaran. Disiplinkan anak anda supaya pandai membawa diri di rumah orang.
Paling digeruni apabila ada anak-anak segera memasuki semua bilik di seluruh rumah untuk menjenguk. Ini sama sekali tidak beradab dan dikhuatiri menyebabkan tuan rumah berasa tidak selesa dengan kunjungan anda.

11. Bawa Buah Tangan
Ini bukanlah satu kemestian namun lebih manis sekiranya tetamu tidak datang dengan tangan kosong. Belilah walaupun sedikit, seperti kuih pisang goreng, buah-buahan atau manisan untuk dihadiahkan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih sudi menerima kunjungan anda sebagai tetamu.

12. Makan atau Minumlah apa Sahaja yang Dihidangkan
Kebiasaannya tuan rumah akan bertanya terlebih dahulu apa yang tetamu ingin jamah atau minum. Berpada-padalah jika ingin membuat apa-apa request sekalipun. Janganlah terlalu demanding seperti nak order makan di restoran.

13. Tidak Meleret-leret Ketika Berkunjung
Satu tips yang boleh digunakan ialah, apabila tuan rumah bertanya "Eh dah pukul berapa ya? Tak sedar masa dah berlalu!" ini bermakna sudah tiba masa untuk anda beransur pulang. Itu hanyalah bahasa kiasan yang sering digunakan tuan rumah untuk memberitahu tetamu bahawa "saya ada hal lain" atau "saya letih, bolehkah anda pulang sekarang?"

14. Tidak Pulang selagi Tidak Diizinkan
Sebetulnya, seorang tetamu tidak boleh berganjak pulang selagi tidak meminta izin dengan tuan rumah. Ini sering terjadi di majlis-majlis keramaian atau kenduri-kendara di mana tetamu terus pulang tanpa bertemu dengan tuan rumah. 
Sebelum pulang, pergilah bersalaman dan bertemu tuan rumah terlebih dahulu sebagai tanda terima kasih.

15. Mengucapkan Syukur dan Terima Kasih
Ucaplah terima kasih dan bersyukur atas kesudian tuan rumah menerima anda sebagai tetamu mereka sebelum bergegas pulang.

Silalah amatkan adap-adap ketika melawat atau menziarahi orang.

Terima Kasih

Gatal mulut (143)

Suka cakap keburukan orang.

22 May 2019

Salam Nuzul Quran 2019


Salam Nuzul Quran bagi tahun 2019.

Gali lubang tutup lubang (142)

Pinjam wang untuk bayar hutang.

21 May 2019

Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar juga (141)

Kelakuan orang miskin yang gemar meniru orang kaya.

20 May 2019

Cita-citaku Menjadi Seorang Askar


Cak! Jangan terkejut kalau posting terlalu awal pagi ni, sebabnya kena buat ot bermula jam 7.00 pagi. Jadi kerja sudah siap, nak sambung tidur, malas! kita berjogging dalam blog kejap sementara tunggu askar bangun, Jeneral Sofia.

Cerita pasal cita-cita, anak ibu katanya bercita-cita ingin menjadi seorang askar - seperti bapa saudaranya. Ibu tak larang, ayah pula nak anak menjadi Polis. kemain sang ayah bercita-cita sebab masa muda ibu kena reject dek temuduga polis atas sebab sudah berkahwin. kah.

Pengaruh terhadap gambar yang bapa saudara selalu hantar dalam whatsapp, dan kekadang video call bapa saudara dalam keadaan beruniform, maka beliau pun "nak macam" bapa saudara. yelah, budak berumur 4 tahun boleh bercakap apa saja tanpa mereka sedar.

Kalau betul nak jadi askar, kena latih dari kecil, hahaha ibu tak boleh bayangkan anak ibu yang sesopan wanita melayu terakhir menjadi askar. 

Gagak bersuara murai (140)

Nampaknya hodoh, tetapi suaranya merdu dan baik hati

19 May 2019

Iftar bersama di D'Saji Bangi


Cerita malam semalam berbuka bersama officemate dan ahli keluarga memasing. Memandangkan masih mengikut terma "no gift policy", maka semua sponsor oleh diri memasing. kami booking hari selasa yang lepas. Pada mulanya ingatkan tak ramai yang berbuka ke sini, rupanya ramai juga. Surau penuh.

Harga untuk buffet Ramadhan d'saji Bangi adalah :
Dewasa (13thn ke atas) : RM58.00
Kanak-kanak 4-12 tahun : RM28.00
Kanak-kanak 1-3 tahun : RM10.00




antara menu yang tak sempat nak makan, kambing bakar. sedih. lepas solat maghrib, p tengok dah kosong kambing. hukhuk

sempat makan cheese cake dan tembikai. sofia pulun 7 hiris tembikai sorang dia.

jeruk mangga yang sempat i rasa, rasanya oklah, tak macam Pak Ali. hahahah


ni pun tak sempat. dah tinggal kuah. aduhai...



ini keadaan dalam dewan berhawa dingin. dan di keliling dewan masih ada kerusi dan meja kepada yang lebih suka suasana santai. Tak nampak apa sebab malam kan...

semestinya saat yang ditunggu bebudak kecik ni, habis makan, masing-masing menunjukkan skill masing-masing sampai pening mak ayah memasing. Manusia berbaju biru tu sebaya tapi nampak dak Sofia lagi tinggi. ok itu gen ayahnya. hihi

31# Nasi Ayam


Memandangkan harini cuti dan esok pun cuti, maka bermalasan di rumah. Idea nak masak pada mulanya nasi lemak, tapi suami req nak nasi ayam, ayam perap dibakar bukan digoreng. Amboi makanan sihat sangat harini. Resepi sepenuh shu follow dari iResepi ni.

Bahan-Bahan:
Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan (madu takda, jadi shu skip)
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka (cuka takda, ganti perahan limau)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam


Cara Penyediaan:
Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips: Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Resepi dan gambar : iResepi

Berita yang mengejutkan!


17 Mei yang lalu, kita menerima perkhabaran kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin adalah akibat luka hirisan di leher, kata polis. Punca kematian Siti Kharina, 40, itu diperoleh hasil bedah siasat terhadap mayat wanita itu yang dijalankan pada Khamis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

18 Mei, semalam kita menerima perkabaran pengasas Dnars Skincare maut dalam kemalangan di Thailand, Faziani Rohban Ahmad, 40. Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi hari yang sama.

19 Mei, pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita kematian chef selebriti, Adam Mahamed Ismail iaitu bapa saudara kepada Fatimah dan Ali yang tinggal di UK, dan sepupu kepada Neelofa. Arwah dikatakan menghidapi penyakit, namun tidak diketahui mengenai penyakit yang dihidapi arwah.

Takziah buat keluarga arwah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga keluarga arwah bersabar dan menerima ujian dari Allah S.W.T dengan hati yang tabah.

Elok lenggang di tempat datar (139)

Berseronok-seronok perlu pada tempat dan masa yang sesuai.

18 May 2019

Elok arak di hari panas (138)

Orang yang bersuka-cita kerana mencapai tujuan.

17 May 2019

Mood Raya : Baju Raya, Kuih Raya dan Duit Raya

 

Nampak tak semangat nak beraya. Puasa pun baru 12hari, alhamdulillah masih penuh. Persediaan menyambut Ramadhan tempoh hari tak sempat atas sebab tertentu yang tak dapat di elakkan. Sedih.

Tahun-tahun sebelum ni persediaan kami yang paling utama adalah duit raya. bukan sebab mata duitan ya. haha Pertama sekali sebab nak beri kepada anak-anak buah. Kanak-kanak ni tak meriah kalau takda duit raya kan? Zaman kami dulu, kalau satu rumah tu beri duit raya RM1, makin bertambah kanak-kanak datang. Malah ada yang dua round siap tukar baju.

Kuih raya antara yang terpenting jugak selain juadah seperti ketupat, lemang, dan rendang. Yang paling menjadi kenangan adalah sewaktu tolong mak buat kuih bunga ros, kuih siput dan bahulu serta dodol. Bahulu dan dodol buat secara bergotong-royong. Takda lah penat sangat kan? 

Akhir sekali baru persediaan baju raya. Baju raya ni kadang tak ikut tema sangat. Cuma sejak mendirikan rumah tangga, dapat suami yang suka pakai baju sedondon. Jadi beliau yang putuskan warna dan design macam mana nak di pakai.

Persediaan untuk yang akan dan bakal travel jauh tu perlu di beri keutamaan. Check keadaan kereta dan pastikan semuanya sudah siap diselenggara. Kad tambah nilai juga jangan dilupa karang tersangkut di lorong tol akan menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain.

Digantung tinggi, dibuang jauh (137)

Tidak berkuasa sedikit jua.

16 May 2019

Terima Kasih Cikgu 16 Mei

 

Selamat Hari Guru! Terima Kasih kepada semua guru-guru yang telah mendidik kami sehingga berjaya sekarang ini, dan tak lupa jugak guru-guru yang telah mendidik anak-anak kami sekarang. Kepada guru-guru, terima kasih kerana sabar dengan perangai anak muridmu.


Di mana makan di situ berak (136)

Melakukan kejahatan dalam tempat orang mencari rezeki.

15 May 2019

Sudah Bersediakah Anda?



Semakin Kita Iri Hati dan Dengki, Semakin Allah Tarik Rezeki Kita


Situasi : Rakan sekerja saya tidak senang dengan kenaikan gred jawatan orang lain, sekiranya gred itu sama atau lebih dari mereka. Sekiranya ada, mereka akan memburuk-burukkan ataupun melemparkan kata-kata sinis kepada orang tersebut.

Jawapan : Hasad dengki telah bermula sejak Allah S.W.T mencipta Nabi Adam lagi. Apabila Allah memerintahkan para malaikat dan iblis sujud kepada Nabi Adam, para malaikat mematuhi perintah Allah, manakala iblis mengengkari-Nya. Ia berasa iri hati terhadap Nabi Adam dan merasakan dirinya lebih baik. Akibat kesombongan itu, Allah mengisytiharkan iblis sebagai penghuni neraka. Inilah sifat permulaan hasad dengki. Punca yang menghalang iblis untuk sujud kepada Nabi Adam tidak lain dan tidak bukan adalah daripada dengki, bongkak, sombong dan riak. Ia berasa dirinya jauh lebih baik daripada Nabi Adam.

Tengok orang lain berjaya, jangan dengki

Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang juga rezeki.

Belajar rasa cukup

Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kamu dari rasa haus, tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kamu. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hari dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. Perbanyakkan zikir, mengigat Allah.

Salam Ramadhan. Masak apa petang ni untuk berbuka? 

Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh (135)


Dari sifat mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.

14 May 2019

Dada manusia tidak dapat diselam (134)

Pengetahuan seseorang itu tidak dapat diketahui.

13 May 2019

When I Marry A Stranger (2018) @ Jao Sao Jum Yorm


Cerita ni cerita cinta, dimana gadis bernama Maysarin seorang yang terkenal yang telah bertunang dengan Saruth, tetapi ditinggalkan pada hari perkahwinan mereka. Kadethaen, seorang ahli perniagaan juga mengalami nasib yang sama apabila ditinggalkan oleh Pinmanee. Senang cerita, Saruth bercinta dengan Pin, dan tinggalkan pasangan mereka iaitu May dan Kade.

Kade mula mengenali May apabila berjumpa di parti tepi pantai, selepas kejadian itu Kade akan bertanggungjawab terhadap May. Dalam proses Kade memikat May, Nakarin muncul mencaras, tapi dengan niat dan dendam lama. 

Part May dan Kade ni comel dan kekadang kelakar tu yang tak boleh tahan. Comel!

Cerdik busuk (133)

Pandai tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati orang.

12 May 2019

Cerai hidup (132)

Suami dan isteri yang perpisahan.

11 May 2019

Cepat kaki, ringan tangan (131)

Rajin dan berdaya usaha.

10 May 2019

Celaka ayam, padi masak makan ke hutan (130)

Bernasib malang.

09 May 2019

Selepas hujan ada Pelangi


Tersedar dari kekhilafan diri sendiri, terlalu mengikut perasaan. Bak kata pepatah, ikutkan hati, mati. Selepas kejadian yang pahit tempoh hari, positifkan diri selalu. Akhirnya selepas seminggu gaji masuk. Oklah tutup cerita tu.

Betullah orang tua-tua cakap, kalau tengah marah baik diamkan diri. Kalau buka mulut pasti ada yang terguris hati, tersalah cakap yang menyinggung perasaan orang sekeliling. Kalau tengah memandu, pasti memandu dengan perasaan marah, dan boleh menyebabkan kemalangan. Kalau tengah memasak, boleh jadi rentung ikan dalam belanga. Mangsanya ikan.

Tenangkan diri dengan mengadu kepada Pencipta. Menangis sepuasnya, dan berserah kepadaNya adalah jalan terbaik, kerana Dia adalah sebaik-baik Perancang.

Banyak hari berdiam diri sebab kalut menyambut Ramadhan tahun ni. Agaknya belum terlambat untuk shu ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat kalian semua.

Lagi jatuh ditimpa tangga (129)

Berturut-turut mendapat masalah.

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

 

Terma & Syarat :

Tempoh Giveaway :
29/04/2019 - 10/05/2019

08 May 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Cari umbut kena buku (128)

Mencari baik, dapatkan buruk.

07 May 2019

Cantik bagai bidadari (127)

Wajah yang manis atau sangat menarik.

06 May 2019

Cangkul angin (126)

Membuat kerja yang sia-sia.

05 May 2019

Campur tangan (125)

Melibatkan diri / ambil tahu.

04 May 2019

Cakap besar (124)

Membesarkan diri sendiri.

03 May 2019

Cakar ayam (123)

Tulisan sangat buruk.

02 May 2019

Campak baju nampak kurap (122)

Membocorkan keburukan diri anda.

01 May 2019

Ular berkepala dua (121)

Tiada tetap pihak mana yang diikuti.

Selamat Hari Pekerja 2019

 

Sempena tarikh 1 Mei 2019, shu ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua golongan pekerja yang gigih mencari rezeki, menabur budi di tanah air tercinta kita Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang berkelana jauh dari tanah air mencari rezeki dan berjuang di lapangan masing-masing di luar negara.

Shu adalah seorang wanita bekerja dan suri rumah. Disebabkan tahun ni tugas standby bukan turn shu, jadinya selamat bercuti. shu standby pada hari Wesak. Tahun lepas shu kena standby, sekali budak sofia kena masuk kerja. 

Semoga Allah SWT memberkati kita semua dengan perubahan yang lebih baik untuk seluruh golongan pekerja, kehidupan yang lebih sejahtera, kos sara hidup yang munasabah, pendapatan yang meningkat, kerjaya yang berkembang maju serta ruang yang lebih selesa untuk inovasi dan kreativiti.

30 April 2019

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga (120)

Kerana keburukan yang sedikit jadi semua kebaikan pun rosak.

29 April 2019

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata (119)

Tentulah ada sebabnya apabila orang menyatakan sesuatu perkara.

28 April 2019

Seperti tikus membaiki labu (118)

Membaiki barang tetapi tak tahu cara, lalu menjadi lebih rosak

27 April 2019

Seperti rusa masuk kampung (117)

Berasa hairan atau terkagum pada tempat baru.

26 April 2019

Seperti pahat dengan penukul (116)

Tolong-menolong antara satu sama lain.

25 April 2019

Tak lapik dek hujan, tak lekang dek panas (115)

Adat tidak mengubah atau sesuatu adalah utuh.

24 April 2019

Segmen Bloglist Fizacrochet

 Bloglist fizacrochet 2019

 Terma & Syarat :

Tarikh Tutup :
26-Apr-2019

Anlene Move Max in Coffee Free Delivery

 

Semalam terima pek percuma dari Anlene Move Max. Alhamdulillah, harini minum, sedappnya.. Shu bukan peminat tegar susu tepung ni, tapi kalau umur sudah hampir ok, hampir 30 tahun, kena lebihhh sayang kepada tulang dan badan sendiri. 

Antara sebab shu nak try adalah adanya penghantaran percuma sample ke rumah/office kita (kena isi borang). ok ini pemberitahuan sahaja. hehehe



Kandungan yang terdapat dalam susu Anlene Move Max iaitu Kolagen, Kalsium, Protein, Magnesium, Zink, dan Vitamin B2, B6, B12, C, D dan E yang sesuai untuk tulang, sendi dan otot kita. 


Tengah bancuh susu ni, tetiba sofia datang "ibu, susu yang untuk sofia tak de ke?" . ibu dengan besar hati bancuhkan sekali susu Enfagrow Step 4 dia. Rupanya dia nak rasa susu Anlene Move Max ni. siap komen "bau susu ibu dan ayah ni sedap lah, tapi sofia suka susu sofia lagi.". Ibu tepuk dahi.


Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia (114)

Kedudukan atau pekerjaan yang tidak terjamin, mungkin dipecat bila-bila masa.

23 April 2019

Sebelum ajal berpantang maut (113)

Tidak akan mati sebelum masa kematian dia tiba.

22 April 2019

Seperti mentimun dengan durian (112)

 Orang yang lemah berlawan dengan orang yang kuat.

21 April 2019

SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019


Terma & Syarat :

Tarikh Tamat :
30-Apr-2019

Jannah ni mula blogging tahun 2018, sebelum ni beliau ada anjurkan segmen bloglist untuk mencari ramai blogger. sekarang beliau anjurkan segmen untuk blogwalking pula. apa kata kita sama-sama support Jannah! jom!


Benarkah Ais-Krim Vanila Ubati Tonsil?


Mesti terliur masing-masing kalau nampak ais-krim ni pada waktu-waktu macam ni, kan? cuaca panas sokmo, jemur baju sejam pun boleh kering. Kalau berjam-jam alamatnya baju bau rentung. rasa malas yakmat kalau nak keluar bila matahari mulai naik. pukul 6 baru terasa nak keluar beriadah.

Setiap kali selepas keluar rumah, mesti kami akan mencari ais-krim di dalam peti ais. sebab pertama shu dan sofia memang ada tonsil, jadi untuk elakkan masalah ini berlarutan memang kami akan makan ais-krim selepas penat bermain panas. perit oo kalau kena tonsil. huhuhu

Mitos : ais-krim boleh ubati tonsil. jangan korang percaya sangat ya. 

Sebenarnya ais-krim ni hanya meredakan kesakitan dari tonsil itu sendiri. kalau lepas operation buang tonsil pun doktor akan sarankan makan ais-krim dulu. tapi kena ingat tak semua ais-krim boleh meredakan sakit tonsil tu.

Shu dan sofia serasi bersama ais-krim vanila. jadinya hanya ais-krim vanila dalam peti ais untuk standby diwaktu kecemasan. sesetengah orang, ais-krim coklat pun ok. try and error dulu, hehe

Seperti Meniup Api Di Atas Air (111)

Pekerjaan yang tidak memberi hasil.

20 April 2019

Bagai Mencari Belalang Atas Akar (110)

Pekerjaan yang mustahil untuk berhasil.

19 April 2019

Bagai Menatang Minyak Yang Penuh (109)

Memelihara anak dengan penuh kasih sayang serta berwaspada.

18 April 2019

Segmen Bloglist Shuhaida #3

Memandangkan sudah agak lama bloglist shu tak berupdate. Harini nak buat segmen untuk bloglist terbaru yang berlangsung selama 5 hari bermula malam ni hingga Khamis malam. Tak banyak pun syarat-syaratnya.


Terma & Syarat :
1. Follow blog Shuhaida Saad ni.
2. Komen bersama link blog korang.
3. Entri nak buat atau tak, terserah.
4. Tunggu shu update dan masukkan dalam list shu.
5. Done.

Tarikh Tamat :
18-Apr-2019 (8.30 malam)


Senarai-senarai bloglist :
  1. https://aienienka.blogspot.com
  2. www.fizacrochet.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida.html?m=1
  3. https://darihatimissmulan.blogspot.com/
  4. https://penselduabee.blogspot.com/
  5. http://www.mamapipie.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  6. www.zukidin.com
  7. https://mulan-sahbanu.blogspot.com
  8. https://www.mialiana.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  9. https://pemudattbc.blogspot.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  10. https://normala-normala.blogspot.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  11. https://ejulz.blogspot.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  12. https://belogsjm.blogspot.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  13. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  14. https://sweetepalhijau.blogspot.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  15. https://ladyinredplanner.blogspot.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  16. https://thendelion.blogspot.com/
  17. http://www.roziahmuhammadnor.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida.html
  18. https://mimyara.blogspot.com/2019/04/bloghopping-dan-jumpa-blogger-aktif.html
  19. https://sayasukala.blogspot.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  20. https://inspiringsharing.blogspot.com
  21. https://solehahgirlz.blogspot.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
  22. https://www.shikinrazali.com/2019/04/segmen-bloglist-shuhaida-3.html
Terima Kasih kepada semua yang sertai dan support segmen shu. 

Bukan Milikku Jadi Milikku oleh Arsha


Review :
3/5 rate. Kisah mengenai seorang Siti Shafura yang dijadikan anak angkat oleh keluarga sahabat baiknya. Dibuang oleh ibu saudara sendiri gara-gara arwah ibunya pernah mempunya sejarah percintaan dengan bapa saudara. Kemana pergi sentiasa menyenangkan orang sekeliling.

Namun tidak kepada anak keluarga angkatnya, abang kepada sahabatnya Eshaq Hakimi. Sentiasa memusuhi dia hanya kerana kisah lama pertembungan pertama mereka yang tidak manis sebelum ini. 

Mereka dikahwinkan atas sebab dia terpaksa menjaga Eshaq yang sakit. Agak susah baginya untuk menjaga kerana mereka bukan mahram! Setelah dipertimbangkan, dia yang kaya dengan sifat sabarnya, menahan dan bersabar dengan sikap Eshaq, sehingga mereka berkahwin.

Dalam benci terbit rasa cinta, cemburu setiap kali dia bercakap dengan lelaki lain. Sehinggalah ke hujung, hati masing-masing bertaut dan mengikat dengan kemas. ceh ceh.. abang dan siti. (read : 15-Apr-2019)

30# Daging Masak Sos Tiram


Kemarin balik kerja singgah pasar malam sebab bahan mentah sudah habis. Alang-alang beli daging, terus buat hidangan terlajak suka ni. nyummy nyummy.. hehe

Bahan-bahan :
300 gm daging
3 biji bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dimayang
1/2 inci halia - dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji cili merah dan hijau - dimayang
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan air bagi memekatkan kuah
1 tangkai daun bawang
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan goreng daging menggunakan api besar selama 3 ke 5 minit. Angkat daging dan toskan

2. Kemudian,tumiskan bawang putih dan halia sehingga sedikit garing.

3. Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau, daging, sos tiram, serbuk lada putih serta kicap dan gaulkan rata.

4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.

5. Setelah itu, masukkan bancuhan tepung jagung kacau seketika dan bolehlah diangkat.

6. Taburkan daun bawang sebelum dihidang.

Bagai Menarik Tepung Di Dalam Tepung (108)

Melakukan sesuatu pekerjaan itu hendaklah dengan berhati-hati.

17 April 2019

Dalam Keterpaksaan oleh Ieya Sya


Review :
3/5. Kisah tentang seorang Danisya yang kehilangan kedua ibubapanya dan abangnya diculik sewaktu berumur 6 tahun. Dibesarkan oleh keluarga angkat, namun keluarga angkatnya juga meninggal. Kemudian kak kepada keluarga angkat menjadikan dia sebagai hamba, sehinggalah dia nekad untuk melarikan diri dan membawa diri ke Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku terlalu pantas, semasa dalam perjalanan beg dia telah dicuri, selepas itu bertemu dengan penagih dadah yang hendak mencabul dia. Dalam kekalutan itu, dia bertemu Raiqal yang kebetulan kereta rosak di tepi jalan. Setelah itu, mereka di tangkap khalwat.

Bermulalah kisah kehidupan Danisya dirumah besar itu setelah bergelar isteri kepada Raiqal. Dihina, dimaki oleh Raiqah (suami sendiri), Natasya (adik kembar), Amzar (abang kandung), Danish (sepupu Raiqal) dan Aziera (x-gf Raiqal). Nasib masih berpihak kepadanya setelah ibu dan bapak mentuanya masih ada perasaan belas terhadapnya.

Cerita bertambah panas, bila Natasya diculik oleh Aziera yang meroyan setelah cintanya ditolak oleh Raiqal. Dalam kekalutan untuk menghalang Aziera dari menembak Natasya, Danisya yang tetiba menadah batang tubuhnya demi menyelamatkan Natasya. Semua terkejut termasuklah Amzar. Tanpa mengetahui yang Danisya adalah adik yang dicari selama ini.

Hal salasilah keluarga Danisya dan Amzar terbongkar setelah Amanda, kawan Danisya mendedahkan cerita sebenar. Sedih, pedih, pilu dan menyesal semua bersatu. Akhirnya, keluarga besar mereka bersatu dengan bahagia. (read : 16&17-Apr-2019)

Seperti Melukut Di Tepi Gantang (107)

Manusia yang merasakan dirinya tidak penting kepada orang lain kerana tidak memiliki apa-apa kuasa atau tidak dapat menghulurkan pertolongan kerana dirinya sendiri susah.

[Lirik] Syafiq Farhain & Baby Shima - Manis-Manis Cinta


Lirik:
Sungguh mati aku tak jemu
Walau selalu kau di sisi ku
Sungguh mati aku tak jemu
Walau selalu kau di sisi ku

Denyut nadi degup jantung ku
Hanya untukmu cinta yang satu
Manis manis orang bercinta
Siang malam mahu bersama

Kau berikan satu cintamu
Tulus suci hanya untukku
Kau berikan satu cintamu
Tulus suci hanya untukku

Jasad nyawa hela nafasku
Hanya untukmu cinta yang satu
Manis manis orang bercinta
Siang malam mahu bersama

Jangan sampai ada air mata
Yang memisah kita di dunia
Jangan sampai ada kecurangan
Yang membunuh cinta cinta kita

Hanya engkau hatiku berpaut
Sanjungan batin ku
Hanya engkau jiwaku berteduh selamanya

Rembulan merangkai rindu ku
Setiap kali kau menjauh
Percaya (siapa?) pada ku (kenapa?)
Tak pernah kau jauh di hati

Walaupun dijampi mentera
Tak mampu menewaskan cinta
Sentulah (di mana?) dapaklah (mengapa?)
Cintaku di kamar hatimu

Jangan sampai ada air mata
Yang memisah kita di dunia
Jangan sampai ada kecurangan
Yang membunuh cinta cinta kita

Hanya engkau hati ku berpaut
Sanjungan batin ku
Hanya engkau jiwa ku berteduh selamanya

Rembulan merangkai rinduku
Setiap kali kau menjauh
Percaya (siapa?) padaku (kenapa?)
Tak pernah kau jauh di hati

Walaupun dijampi mentera
Tak mampu menewaskan cinta
Sentulah (di mana?) dapaklah (mengapa?)
Cintaku di kamar hatimu

Kalau hidup seribu tahun
Bersamamu aku tak jemu
Kalau hidup seribu tahun
Bersamamu aku tak jemu

Kalau mati boleh bersama
Tanam sekubur kita berdua

Manis manis orang bercinta
(manis manis orang bercinta)
Siang malam mahu bersama
(siang malam mahu bersama)

16 April 2019

Seperti Lintah Menghisap Darah (106)

Orang yang mancari keuntungan tanpa bersusah payah atau bekerja.

15 April 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway


Terma & Syarat :

Tarikh Tamat :
30-Apr-2019

Ucapan :
Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada Abam Kie. Semoga dilanjutkan usia dan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.. 

Buta hati (105)

Gelap fikiran / tidak menerima pengajaran orang.

14 April 2019

Burung terbang dipipiskan lada (104)

Bersedia merayakan sesuatu yang belum diperolehi.

13 April 2019

Penyakit dan Hikmahnya


Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. 

Hikmah sesuatu penyakit amatlah besar. Apabila kita sebagai hamba diuji dengan sesuatu penyakit, hendaklah kita berusaha untuk berubat dan setelah itu kita haruslah bersabar dan reda dengan setiap perkara yang berlaku dalam hidup.

Justeru itu, kita sebagai hamba-Nya haruslah senantiasa bersangka baik walau dalam apa jua keadaan. Janganlah kita sebagai manusia merasakan sakit itu adalah sesuatu malapetaka kerana kita harus percaya bahawa setiap yang berlaku ke atas diri terselit hikmah besar yang kita sendiri tidak ketahui.

Kemain panjang lebar penerangan, kami cuma nak cerita. Kami demam dari hari Jumaat haritu hingga ke harini.

Repair Panasonic NB-F70B2 Di Rumah - Fills & Drains


Salam petang di hujung minggu. Nak cerita, jijoi sudah agak lama bengang dengan mesin basuh mak mertua yang bermasalah, air mengalir masuk non-stop even masa spin baju. Dia berhajat nak tukar mesin basuh tu kepada mesin basuh kami sendiri, namun mesin kami pun bermasalah air non-stop keluar. huhu

Jadinya malas nak hantar repair, wife dia yang memang kaki menggoogle ni menjumpai penyelesaiannya. Step by step dalam utube kami ikut, dan buka bahagian bawah mesin basuh tersebut. Weh, rupanya selama ni duit syiling 50sen besar gedabak bertahta di bahagian stopper air tu. Alhamdulillah semuanya settle.

Ok wife nya senyum ke telinga sebab masih boleh guna mesin basuh baju sendiri. Sayang ooo nak juai. 

Nasib uolls, kalau tak, membazir saja beli barang yang tak rosak. Duit tu boleh paw jijoi p kedai RM2. hahaha kbye!

Buka tembelang (103)

Membocorkan rahsia yang tersimpan.

12 April 2019

Buka langkah (102)

Melarikan diri sebab takut akan sesuatu.

Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak (14-18 tahun)



1. Mengajak anak memperolehi kebahagiaan sejak awal pagi. Oleh itu, setelah solat subuh janganlah tidur kembali apabila kita ingin mendaparkan keberkatan dari Allah SWT.

2. Mengajurkan anak mengisi waktu lapang dengan aktiviti bermanfaat.

3. Menjadikan anak agar berdikari dan bekerja keras.

4. Memberikan hak penuh kepada anak untuk menuntut ilmu.
Menuntut ilmu agama adalah jalan mudah untuk menuju ke syurga.

5. Mengajar anak tentang tanggungjawab. Sejak awal lagi, anak pelu diajari tentang pentingnya sikap bertanggungjawab untuk setiap perbuatan dan pilihan yang mereka buat.

6. Memahami pola berfikir anak pada usia dewasa. Dari segi psikologi, usia 17 tahun adalah usia alam dewasa yang layak menguruskan arah pemikiran dan biologinya.

Kredit : Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak by Nur Kholish Rif'Ani [1] [2] [3] [4]

11 April 2019

Biar Kusentuh Hatimu oleh Emy Raziela


Review :
2/5 rate. Alisa gadis dari pantai timur dalam diam menyimpan perasaan terhadap Amir di kampus. Menjadi pasangan kekasih namun dihalang oleh Diana. Amir meninggalkan Alisa sendirian. Akhirnya, Alisa bertemu Faizal.

Faizal telah membawa diri ke Australia setelah mengetahui kisah lama antara Alisa dan Amir. Padahal khemah untuk majlis telah dipasang. Masalah datang bertimpa-timpa. Pengakhiran di mana Alisa bertemu semula Amir.

Cuma agak tak menarik perhatian shu, dalam perjalanan cerita ini penulis memasukkan elemen berpegang tangan sesama kekasih. Kureng sikit. (read : 10 & 11-Apr-2019)

Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak (10-14 tahun)


Pada usia ini, anak-anak telah mempunya kesedaran berkenaan perbezaan.

1. Menyuruh anak segera tidur setelah Isya’. Banyak hadis-hadis Nabi menerangkan tentang makruhnya tidur sebelum solat Isya.

2. Melarang anak tidur meniarap. Menurut riwayat yang lain juga disebutkan bahawa tidur meniarap adalah kebiasaan tidurnya ahli neraka.
  • Berwuduk sebelum tidur
  • Tidur dengan menghadap atau miring ke kanan.
  • Membaca doa sebelum tidur.

3. Memisahkan tempat tidur anak sejak berusia 10 tahun. Ketika anak mencapai usia 10 tahun, dimana nafsu seksualnya dalam proses pertumbuhan dan perkembangan, perlulah berhati-hati.

4. Membiasakan anak menundukkan pandangan dan memelihara aurat.

5. Tidak memanjakan anak secara berlebihan.

6. Mengajarkan etika kepada anak ketika memasuki rumah.
Mengucapkan salam merupakan salah satu Sunnah Rasulullah.

7. Menganjurkan anak agar bergaul dengan para ulama. Bergaul dengan para ulama akan membuat hati si anak tambah tenang kerana ulama sudah pasti akan mengajarkan pelbagai perkara tentang ilmu agama, mengajarkan bagaimana pentingnya berzikir.

8. Melarang anak lelaki berpenampilan menyerupai perempuan.

“Telah diharamkan memakai kain sutera dan emas bagi kaum lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi kaum wanitanya.” (HR. al-Tirmidzi)


Kredit : Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak by Nur Kholish Rif'Ani [1] [2] [3] [4]

Bintang terang (101)

Bernasib baik.

10 April 2019

Cinta Depan Mata oleh Kathy Tuah


Review :
3/5 rate. Atas didikan dan kasih sayang dari arwah ayahnya, Nur Liyana seorang gadis kental yang pandai mengawal perasaan sebenar. Menyimpan perasaan dalam diam terhadap kawan baiknya kolejnya iaitu Asyraf Zakuan, aka anak kepada mak dan ayah angkatnya.

Dalam kekalutan akibat lakonan Liyana dengan bekas bos nya, Syed Khairul terkantoi. Liyana dengan selamber meminta Asyraf Zakuan untuk mengahwininya. Ofkos mustahil kerana Asyraf dan Liyana hanya kawan baik selama ini. 

Selepas berkahwin mereka diuji dengan penculikan adik Asyraf Zakuan, dan Liyana hampir dilarikan oleh sepupunya yang busuk hati. Disebalik kejadian ni, banyak kesan positif yang telah ditunjukkan oleh penulis untuk kita semua. (read : 8 & 10-Jan-2019)

Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak (4-10 tahun)


Pada peringkat ini, ibu bapa sewajarnya menjadi teman bagi anak-anak agar dia belajar dari dirinya dimana mengajarkan anak adalah kawajipan orang tua.

“Wahai anak kecil, aku akan mengajarimu beberapa kalimah, jagalah Allah maka Allah akan menjagamu, jagalah Allah maka engkau akan menemukan-Nya di hadapanmu, jika engkau meminta maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah bahawa andaikata umat berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepadamu,maka mereka tidak akan mampu memberikan manfaat kepadamu kecuali sesuatu itu telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Andaikata mereka berkumpul untuk membahayakanmu, maka tidak akan membahayalami kecuali sesuatu itu telah ditetapkan oleh Allah ke atas kamu, pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.” (HR. al-Tirdmidzi dan Ahmad)

1. Memanggil anak dengan nama yang baik. Apa ynag diucapkan orang tua akan dikabulkan oleh Allah SWT kerana doa orang tua kepada anaknya lebih makbul. Contohnya, anak pemalas, janganlah kita memanggilnya “pemalas” berulang-ulang kali.

2. Mengajar anak untuk berkata jujur. Kejujuran merupakan sesuatu yang penting, namun hanya sebahagian ibu bapa sahaja yang mengambil berat mengenai kejujuran anaknya. Beberapa perkara dapat dilakukan untuk menumbuhkan jiwa kejujuran pada anak, antaranya;


  • Tidak membohongi anak. Contohnya, supaya anak itu tidak menangiskan jika dijanjikan dengan sesuatu barang, namun ketika sudah diam barang tersebut tidak diberikan.
  • Menghargai kejujuran anak. Ramai ibu bapa tidak menghargai kejujuran anaknya. Oleh itu kejujurannya dianggap tidak penting sehingga dia akan mengabaikan kejujuran tersebut.
  • Selalu motivasi anak untuk berlaku jujur. Sesungguhnya anak-anak itu sentiasa memerhati tingkah laku orang-orang dewasa yang berada di sekelilingnya dan akan meniru perbuatan mereka.
3. Memperlakukan dan mengajarkan anak dengan kelembutan. Dalam menghadapi tingkah laku anak yang hyper aktif memerlukan kesabaran, kelembutan dan kasih saying dari ibu bapanya. Jika tingkah laku anak dapat diatasi dengan senyuman kenapa harus diatasi dengan kemarahan, jika mampu dengan usapan kepada harus dengan cubitan. 

4. Tidak banyak mencela anak ketika buat salah. Terdapat ungkapan yang menyebutkan bahawa sesungguhnya banyak melakukan celaan akan menimbulkan banyak penyesalan.

5. Membimbing anak berakhlak mulia. Anak-anak hendaklah dibiasakan dengan akhlak yang mulia, etika, moral dan nilai-nilai yang baik. Jangan sesekali anak-anak diberi dan ditontonkan dengan akhlak yang tercela seperti berbohong, mencuri, suka mencela, menghina, mengumpat dan sebagainya.

6. Mengajarkan anak agar menyimpan rahsia. Seharusnya ibu pada perlu bijak mengajarkan kepada anak-anaknya untuk menjaga rahsia. Tidak semua perkara boleh diberikan dan tidak semua rahsia boleh disebarkan.

7. Mengajari anak tentang azan dan solat. Antara beberapa tahap latihan anak untuk menunaikan solat, iaitu;


  • Mengajarkan anak sebahagian hukum-hukum bersuci seperti pentingnya membersihkan diri dari najis, mengajar cara bersuci, adab-adab membuang hajat.
  • Mengajar anak membaca surah al-Fatihah dan beberapa surah pendek sebagai persiapan untuk solat.
  • Mengajar mereka berwuduk.
  • Hendaklah kita mengigati bahawa pentingnya mendampingi anak-anak sewaktu solat Jumaat.

8. Mengajarkan anak untuk menghormati orang lain. Salah satu yang perlu kita ajarkan kepada anak-anak adalah menghargai orang lain dan saling menolong.


9. Memberikan kelembutan tanpa berlebihan. Menghormati anak, melayaninya dengan baik, menunjukkan rasa saying kepada anak, menanamkan pada dirinya bahawa dia memiliki tempat dihati ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya. 

10. Memberikan keadilan kepada semua anak. Sebagai ibu bapa tidak seharusnya melebihkan sesuatu terhadap seorang anak.

Kredit : Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak by Nur Kholish Rif'Ani [1] [2] [3] [4]

“Kita makin sakit dan tenat…” – Manusia zaman sekarang ketandusan nilai moral

Bagaikan badan manusia, bila umur semakin meningkat pasti akan mula didatangi pelbagai penyakit, begitu jugalah dengan dunia yang yang semakin tua maka makin banyak ‘penyakit’ manusia yang tidak boleh diterima dek akal.

Menerusi satu perkongsian seorang pakar motivasi laman Facebook, menyifatkan ramai dikalangan manusia zaman kini sudah semakin hilang nilai kemanusiaan.

Kita sebenarnya makin tenat dan sakit
Perkongsian pakar motivasi yang dikenali sebagai, Sharimi Shaharudin membincangkan isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia khususnya.



Hanya dibiarkan, bapa takda duit kebumikan anak



Budak Melayu gay cium mulut


Tarian lucah di majlis kahwin


Kita sedang sakit, betapa hati sedang tenat dan kotor


Lengkapkan diri dengan ilmu dan amal


Semoga Allah pelihara kita…