Mula Semula dengan 2KM

Selepas hampir sebulan berehat kerana kasut sukan koyak, akhirnya saya kembali memulakan rutin berjalan kaki. Kasut baharu sudah berganti, sekarang tiba masanya untuk membina semula momentum yang hilang.


2KM pertama menjadi permulaan selepas sekian lama berehat. Nampak macam dekat, tetapi mengah pun ada! 😅 Barulah terasa stamina mungkin sudah tidak seperti dahulu.

Tak apa, tak mahu terlalu memaksa diri. Biarlah bermula dengan jarak yang pendek sebelum menambahnya sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. (ayat sedapkan hati 😅)

Hari ini 2KM, esok kita cuba lagi! 💪 Semoga langkah kecil ini menjadi permulaan kepada rutin yang lebih konsisten.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post