Kalau tengah mencari menu makan tengah hari yang ringkas, mengenyangkan dan berasaskan ayam goreng, Ayam Gepuk Artisan Signature di Bandar Tun Hussein Onn boleh juga dimasukkan dalam senarai pilihan.
Saya berkesempatan mencuba makan tengah hari di Ayam Gepuk Artisan Signature, Bandar Tun Hussein Onn. Konsepnya mudah, nasi putih, ayam goreng, sambal dan beberapa pilihan lauk sampingan. Tarikan utamanya tentulah ayam gepuk dengan sambal yang menjadi pelengkap hidangan.
Sedikit Tentang Ayam Gepuk Artisan
![]() |
| Klasik Value Meal - Set C Klasik |
![]() |
| Krispy Value Meal - Seat A Krispy |
Ayam Gepuk Artisan pada asalnya dikenali sebagai Ayam Gepuk Royale sebelum tampil dengan nama dan wajah baharu sebagai Ayam Gepuk Artisan.
Menurut kisah yang dikongsikan oleh pihak Ayam Gepuk Artisan, perjalanan mereka bermula pada Januari 2024 sebagai sebuah gerai bergerak di Taman Universiti, Tanjung Malim. Restoran pertama pula dibuka pada Ogos 2024, diikuti restoran kedua pada Oktober tahun yang sama.
Jenama ini membawa konsep ayam gepuk dengan gabungan rasa Nusantara dan pendekatan yang lebih moden. Menu utamanya terdiri daripada ayam goreng klasik serta ayam goreng krispy bersama sambal.
Cawangan Ayam Gepuk Artisan Signature Bandar Tun Hussein Onn pula mula dibuka pada 29 Julai 2026, menjadikannya antara cawangan yang lebih baharu bagi jenama ini.
Ayam Gepuk Artisan Signature Bandar Tun Hussein Onn
📍 42A, Jalan Suarasa 8/4, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor
🕚 11.00 pagi – 10.00 malam, setiap hari
Antara menu yang menarik perhatian ialah pilihan Klasik Value Meal, Krispy Value Meal dan ayam goreng secara berasingan.
Sambal memang antara perkara yang tidak boleh dipisahkan daripada ayam gepuk. Dalam pengalaman saya ketika makan di sini, saya tidak diberikan pilihan untuk menentukan level kepedasan sambal. Jadi, kalau anda jenis yang suka sambal mengikut tahap kepedasan tertentu, perkara ini mungkin perlu ditanya terlebih dahulu ketika membuat pesanan.
Secara keseluruhannya
⭐ Ayam: Sedap dan rangup (bukan pilihan saya)
⭐ Sambal: Sesuai dengan ayam dan nasi
⭐ Pilihan menu: Terhad kepada kepelbagaian ayam sahaja
⭐ Saiz ayam: Agak kecil
⭐ Untuk makan tengah hari: Boleh dipertimbangkan
Nota: Maklumat menu di atas berdasarkan maklumat menu Ayam Gepuk Artisan yang tersedia semasa semakan.





Post a Comment