Apabila jerebu melanda dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan, rutin harian anak-anak dan ibu bapa pastinya sedikit berubah. Anak-anak perlu mengikuti pembelajaran dari rumah, manakala ibu bapa pula perlu memastikan urusan rumah tangga dan tanggungjawab harian berjalan seperti biasa.

Bagi ibu bapa yang tidak bekerja, mungkin lebih mudah untuk memantau anak-anak sepanjang sesi PdPR. Namun, bukan bermakna semuanya mudah kerana mereka juga perlu menguruskan kerja rumah, menyediakan makanan dan memastikan anak-anak kekal fokus ketika belajar.
Bagi ibu bapa yang bekerja pula, keadaan ini mungkin lebih mencabar. Ada yang perlu hadir ke pejabat seperti biasa, malah ada juga yang perlu mencari jalan untuk memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Kerjasama pasangan dan ahli keluarga amat penting supaya urusan ini dapat diuruskan dengan lebih baik.
Bagi saya sendiri, kebetulan masih mempunyai giliran Work From Home (WFH). Jadi, sedikit sebanyak keadaan ini memudahkan saya untuk berada di rumah sambil memantau sesi PdPR anak. Walaupun bekerja dari rumah, tanggungjawab kerja tetap perlu diselesaikan. Sebab itulah pengurusan masa dan jadual yang teratur sangat penting.
Apa pun, setiap keluarga mempunyai situasi dan cabaran masing-masing. Yang penting, ibu bapa perlu berbincang, menyusun jadual harian dan saling membantu agar urusan kerja serta pembelajaran anak-anak dapat berjalan dengan lancar.
Semoga keadaan jerebu kembali pulih dan anak-anak dapat meneruskan persekolahan seperti biasa. Kesihatan dan keselamatan mereka tetap menjadi keutamaan kita semua. ❤️
Betul. Untuk ibu bapa yang bekerja memang sedikit bermasalah. Harap2 jerebu cepat2 lah menjauh dan berlalu pergi.
ReplyDeleteThanks for your sharing
ReplyDeleteKami dulu bila IPU 200 ke atas br PDPR so seminggu je lah rutin lari sikit.. kami di Sarawak dr bulan 8 dah IPU 100 ke atas tapi hadap je lah, anak2 mmg dh lama x main di luar
ReplyDeleteBila PDPR ni, ibu ayah kena cakna dan pantau anak-anak belajar. Jika tidak memang ada yg tak siapkan tugasan dsbnya. Cuma kena urus masa sebaiknya jika ibu/ayah bekerja dari rumah atau pun di pejabat.
ReplyDeleteGhisau la bab PDPR ni...bukan apa..area rumah akak tu cukup susah nak dengar suara budak atau mak budak...sejak PDPR ni ada je yg terjerit2..naik seram plak...
ReplyDeletePDPR kali ni mudah sikit sebab handle 1 kepala je. Masa covid dulu ehhhh kita pulak stress sebab ada 3 kepala nak kenak jaga dan monitor.
ReplyDeleteperak hari tu sehari je.. moga terus berkurangan la jerebu nya..
ReplyDeleteIni memang akan lebih challenging bagi kedua orangtua yang bekerja. Teringat dulu zaman pandemi, saya masih kerja saat itu, suami kerja, jadi anak2 diawasi oleh babysitter mereka saat study from home
ReplyDeletePost a Comment