Engagement HOR di Restoran Kampung Pandan dan Pengalaman Breakout di Avenue K

Ada kalanya, program bersama rakan sekerja bukan sekadar memenuhi jadual kerja, tetapi turut menjadi peluang untuk mengeratkan hubungan, berkongsi cerita dan mencipta kenangan bersama. Bertolak dari pejabat 11.30 pagi. Selamat sampai 12.05 tengah hari.


Cerita semalam iaitu 19/10/2026, saya berkesempatan menyertai program engagement bersama Head of Region (HOR) yang bermula di Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan. ❤️Peluang berkumpul sambil menikmati hidangan bersama pastinya menjadi salah satu cara untuk mengeratkan hubungan dalam suasana yang lebih santai di luar rutin kerja harian.

Telur ikan yang semestinya kesukaan saya

Sotong celup tepung

Kobis goreng dan timur + nenas tiada gambar di sini



Ayam goreng

Kari kepala ikan - menu utama

Overall untuk makan di sini adalah ok . Parking agak terhad kerana kepadatan penduduk di situ. Masih belum mencuba satu lagi restoran yang disebut-sebut jika dikaitkan dengan kepala ikan - Kari Kepala Ikan Kampung Attap.

Selesai menjamu selera, kami singgah sebentar di masjid berhampiran restoran untuk menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, iaitu Avenue K.

Seterusnya adalah program breakout yang menjanjikan pengalaman berbeza daripada aktiviti biasa. Sejujurnya, ada rasa berdebar juga sebelum memulakan aktiviti. Maklumlah, kita tidak tahu apa yang bakal menanti dan bagaimana situasi yang akan dihadapi sepanjang program berlangsung.

Namun, apabila semuanya bermula, barulah terasa pengalaman ini tidaklah semenakutkan yang disangka. Kalau hendak dibandingkan dengan pengalaman menyertai program Hauntu Malaysia di The Linc KL sebelum ini, bolehlah dikatakan pengalaman kali ini tidaklah terlalu menakutkan. Sekurang-kurangnya, saya sudah mempunyai sedikit gambaran tentang bagaimana rasanya menyertai aktiviti yang menguji keberanian dan ketenangan diri.

Team 2 : dapat ketua masuk air

Apa yang pasti, program sebegini memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Selain menguji keberanian, aktiviti berkumpulan juga mengajar kita untuk bekerjasama, berkomunikasi dan saling membantu dalam menyelesaikan cabaran.

Pengalaman baharu, kenangan bersama dan sedikit debaran yang akhirnya menjadi cerita untuk dikenang. 

1 Comments

  1. Bila berkumpulan ni banyak kelebihan yang kita dapat lagi-lagi kalau dapat geng-geng yang best..
    makanan semua nampak sedap2, yang penting parking OK

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Next Post Previous Post