Hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Kasih di taman yang berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu yang dimaklumkan seramai 3,000 orang. Suasana bertambah meriah apabila pihak penanggah daripada komuniti taman berganding bahu dengan pihak katering bagi memastikan majlis berjalan lancar.
Pelbagai hidangan disediakan oleh Samira Catering & Canopy, antaranya nasi putih, nasi beriyani, kari kambing, ayam goreng berempah, daging hitam serta pencuci mulut seperti bubur kacang, jagung dan nangka. Tidak ketinggalan ais krim dan pelbagai pilihan minuman untuk para tetamu.
Bab makanan memang tak mengecewakan! Sampai terlupa mengambil gambar kerana terlalu teruja menikmati hidangan. 🤭 Bila sudah sampai di rumah, barulah teringat gambar makanan langsung tak ada.

Jadi, untuk kenangan majlis kali ini, gambar bunga telur sahajalah yang sempat dirakamkan. Tak mengapa, yang penting perut kenyang, hati gembira dan dapat merasai kemeriahan majlis bersama komuniti taman.
Kadangkala, kenangan manis bukan hanya tersimpan dalam gambar, tetapi juga dalam pengalaman yang kita lalui. ❤️

Sekarang memang famous buat bunga telur gitu.
ReplyDeletebetul, rata-rata kenduri dapat. macam balik ke zaman dulu
DeleteBest dapat komuniti macam ni. Dapat kenal semua jiran.
ReplyDeletealhamdulillah seronok masing-masing bersepakat
Deletecomelnya bunga telur
ReplyDeletebetul. saya suka! hehe!
DeleteCantiknya bunga telur...
ReplyDeleteDapat berkenalan dgn jiran tu seronok.
betul kak. selalu pergi balik kerja. bila kenduri baru nak bertegur sapa dengan jiran
DeleteKreatif ye org yg pandai gubah jadi bunga dari dawai tu =D
ReplyDeletetangan seni betul.
Deleteberseni betul tangan yg mengubah ni...
ReplyDeletesis, contact nieyl dkt emel : nieyl.puteriimpian@gmail.com
Ya Allah, baiklah saya emel skrg
DeleteJarang2 dapat jemputan kenduri kawin sekarang. Menarik juga gubahan bunga telur macam tu.
ReplyDeleteYa itu hari siap tanya suami ada kenduri tak? Teringin nasi kenduri 🤣
DeleteSebenarnya ada je warung/kedai jual nasi kenduri. Kena rajin cari. Yang saya tahu kat Kedah dan Melaka je. Negeri lain belum jumpa lagi. Hari - hari nasi kenduri kawin konsepnya.
DeleteUwaaaaah, ramaaaai loh yang datang 😄😍😍. 3000 orang kurang lebih. Di taman ini maknanya outdoor konsep nya ya kak?
ReplyDeletePost a Comment