Hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Kasih di taman yang berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu yang dimaklumkan seramai 3,000 orang. Suasana bertambah meriah apabila pihak penanggah daripada komuniti taman berganding bahu dengan pihak katering bagi memastikan majlis berjalan lancar.
Pelbagai hidangan disediakan oleh Samira Catering & Canopy, antaranya nasi putih, nasi beriyani, kari kambing, ayam goreng berempah, daging hitam serta pencuci mulut seperti bubur kacang, jagung dan nangka. Tidak ketinggalan ais krim dan pelbagai pilihan minuman untuk para tetamu.
Bab makanan memang tak mengecewakan! Sampai terlupa mengambil gambar kerana terlalu teruja menikmati hidangan. 🤠Bila sudah sampai di rumah, barulah teringat gambar makanan langsung tak ada.

Jadi, untuk kenangan majlis kali ini, gambar bunga telur sahajalah yang sempat dirakamkan. Tak mengapa, yang penting perut kenyang, hati gembira dan dapat merasai kemeriahan majlis bersama komuniti taman.
Kadangkala, kenangan manis bukan hanya tersimpan dalam gambar, tetapi juga dalam pengalaman yang kita lalui. ❤️

Sekarang memang famous buat bunga telur gitu.
ReplyDeletePost a Comment