Ada kalanya, rancangan makan tengah hari yang biasa boleh bertukar menjadi cerita yang mencuit hati. Begitulah kisah lunch hari Jumaat kali ini ketika urusan audit dijalankan.

Kali ini, kami memilih untuk makan di Ali, Muthu & Ah Hock, Metro Point. Entah apa punca kesesakan jalan raya semalam, perjalanan terasa begitu lama untuk sampai ke destinasi.
Sebaik sahaja tiba, kami terus mencari meja dan membuat pesanan. Barangkali masing-masing sudah lapar, jadi tidak banyak masa dihabiskan untuk memilih menu.
Antara hidangan yang dipesan ialah mi kari, cheong fun dengan kari cendawan, nasi goreng kampung, wanton mee kicap hitam dan roti bakar. Untuk minuman pula, ada barli limau dan Ribena.
![]() |
| Cheong fun dengan kari cendawan |
![]() |
| Wanton Mee kicap hitam |
![]() |
| Nasi Goreng Kampung |
![]() |
| Pilihan saya kali ni - Mi Kari |
Selesai makan, perut kenyang dan bolehlah meneruskan urusan seterusnya. Namun, cerita paling kelakar sebenarnya berlaku ketika hendak membayar. Roti tiada gambar. 😄
Bila Kad dan QR Tak Boleh Digunakan! Bayangkan, selepas selesai makan, kami ke kaunter untuk membuat pembayaran. Malangnya, kad dan kod QR tidak dapat digunakan. Kaunter boleh terima wang tunai waktu tu!
Terus masing-masing terkedu. Bermulalah operasi mengorek beg, memeriksa dompet dan bertanya siapa yang mempunyai wang tunai lebih. Maklumlah, masing-masing sudah terbiasa menggunakan pembayaran tanpa tunai. Semua jurus keluar, jurus duit dalam casing fon, selit dalam beg, duit raya seringgit-ringgit pun hampir keluar tau?
Kelakar juga apabila semua sibuk mencari duit yang ada untuk menyelesaikan bayaran. Pengajaran kecil hari itu, walaupun zaman semakin cashless, jangan lupa simpan sedikit wang tunai sebagai persediaan. Tak sangka pula lunch kali ini datang sekali dengan cabaran di kaunter!
Selain makanan dan insiden pembayaran tadi, saya turut tertarik dengan seni kolam yang dihasilkan menggunakan beras.
.jpg)
Saya memang suka melihat hasil seni seperti ini. Ianya bukan sekadar kecantikannya yang menarik perhatian, tetapi juga idea dan kreativiti orang yang mereka bentuknya.
Akhirnya, lunch hari Jumaat ini bukan sekadar tentang makanan. Selepas ini, kalau keluar makan, jangan lupa periksa dompet. Kita tak mahu episod mengorek beg di kaunter berulang lagi, kan? 😄
Overall makanan sedap dan boleh repeat lagi. Cumanya sistem pembayaran jangan terjadi lagi QR dan kad tak boleh diguna. Haru pelanggan nak kena buka segala jurus.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Hahahaha seram kan tiba² takde cash tp btul la zaman cashless ni mmg kdg² rm1 pun ssh nak jumpa dalam walet😅😅
ReplyDeleteNampak gaya kena simpan juga la kan sekurang² nya rm10 utk emergency mcm ni
betul kak.😅 sebelum tu elok saja. kena turn kitorg dan selepas nya sistem mungkin problem. ramai berlarian ke mesin atm untuk keluarkan cash.
DeleteKalau sy akan tgk kaunter dulu sebelum cari seat, confirmkan dlu boleh cashless dan terima debit atau QR, kalau confirm dpt br duduk dan order.. seram kalau hanya terima cash.. tp selalunya kaum bapak2 mmg akn ada cash.. kaum mak2 ni je lah... YTJT 😂😂
ReplyDeleteitu atm bergerak kita kak. haha! kalau dengan bapak-bapak boleh rileks bab bayaran. 😅
DeleteSaya pun makan kat Metro Kajang juga. Tapi memilih nasi lemak. Mungkin lain kali boleh try rasa mi kari pulak.
ReplyDeletenasi lemak belum cuba, boleh dipertimbangkan lepas ni
DeleteNanti boleh lah cuba.
DeletePH masih amalkan selit duit emergency dekat celah-celah purse/handbag :D
ReplyDeleteterbaik kak.. saya memang cashless sangat sekarang
DeleteAlamak!! Nak kena simpan cash jugak la macam ni. Dahla saya tak suka pegang cash..
ReplyDeletepengajaran betul kejadian hari tu. hihihi
DeleteSubahanallah, namapak makanan ni teringat kat rumah..sini portugal makan roti dan kebab semalam..
ReplyDeletesudah tiba masanya untuk cuti balik ke kampung ni. hehe
DeleteNampak sedap menunya, mee kari tu my feberat.
ReplyDeleteKan kena cara, tak cukup semangkuk ni 🤣
DeleteOh ini sebenarnya memang sedang eror QR dan sistem Card ya kak? Tapi sebelum2nya mereka terima saja kan QR? Susah juga kalau tak bawa cash 🤣🤣. Saya pun tiap ke KL, dah jarang bawa cash ringgit 😂. Selalu pakai QR . Jarang sangat lah saya bayar cash.
ReplyDeleteAli Muthu saya belum coba lagi. Nantilah nak juga coba saat di KL. Akhir tahun nak liburan lagi sampai tahun baru di KL
Mee kari tu seketul ayam diletak haaa
ReplyDeletePost a Comment