Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak (Umur 3 tahun kebawah)


Pada peringkat kelahiran hingga anak berusia 3 tahun memerlukan banyak ransangan agar saraf-saraf di dalam otak anak dapat berkembang sehingga kecerdasannya mampu tumbuh dengan baik.

1. Merayakan kelahiran bayi dengan Aqiqah. Selain sebagai tanda kesyukuran ibu bapa atas nikmat dianugerahkan seorang anak, aqiqah juga dapat menjadi media untuk mengumumkan kepada masyarakat bahawa anak yang telah dilahirkan tersebut adalah sebahagian dari keluarga tersebut.
    “Setiap bayi digadaikan dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh, lalu dicukur dan diberi nama.” (HR.al-Nasa’i)
2. Memberikan nama yang baik kepada anak. Nama adalah lafaz dimana seseorang dipanggil dengannnya. Di hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil dengan nama mereka semasa di dunia.
  • Nama-nama yang makruh diberikan kepada seorang anak seperti :
    • Nama yang mengandungi makna keberkatan atau yang menimbulkan rasa pengharapan. Nama seperti itu makruh diberikan kerana dibimbangi menimbulkan kekeliruan di dalam hati ketika mereka dipanggil, sedangkan orang yang dipanggil tidak ada disitu.
    • Makruh memberikan nama yang berkaitan dengan hawa nafsu.
    • Nama yang mengandungi sesuatu yang buruk dan keji sama ada dalam lafaz ataupun makna.
    • Nama orang-orang fasiq, kafir, dan orang jahat.
    • Nama yang menunjukkan dosa dan maksiat.
    • Nama orang-orang yang zalim dan dictator. Contohnya nama : Firaun, Qarun, Haman, Abrahah dan sebagainya.


3. Mencukur rambut bayi dan membersihkan kotorannya. Antara perkara yang disyariatkan oleh Islam berkenaan anak yang baharu dilahirkan adalah mencukur rambutnya pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Kemudian bersedekah berupa perak, nilai dari timbangan rambut tersebut kepada orang muslim yang miskin.

4. Mengkhitan anak pada waktunya. Waktu wajib khitan adalah sewaktu mencapai umur baligh, kerana ia merupakan permulaan wajibnya melaksanakan solat. Tanpa khitan, solat tidak sempurna disebabkan suci merupakan syarat sah solat.

5. Memberikan perhatian penuh ketika anak sedang sakit. Begitulah sebenarnya rahsia yang tersimpan ketika kita sedang menghadapi masalah dengan anak kita. Ketika mereka sakit, sebenarnya Allah SWT sedang memerintahkan kita agar sentiasa memberikan perhatian penuh kepada anak kita.

6. Menyusui anak hingga usia dua tahun.

7. Menanamkan benih keimanan pada anak.
Menanamkan benih-kenih keimanan di hati anak di awai usianya sangat penting dalam memprogram pendidikannya. Anak di awai usia tertarik untuk meniru semua tindak-tanduk ayah dan ibunya, termasuk perkara-perkara keimanan.

  • Penanaman keimanan atau akidah pada usia ini bertujuan untuk mengajarkan:
    • Mengajarakan kalimah tauhid 
    • Menanamkan rasa cinta kepada Allah 
    • Menanamkan cinta kepada Rasul 
8. Menanamkan cinta kepada Nabi Muhammad. Tempoh kanak-kanak merupakan masa pertumbuhan emosi anak dengan cara belajar mencintai atau membenci sesuatu.

9. Mendidik anak agar taat kepada ibu bapa. Ibu bapa berperanan dalam menciptakan keperibadian anak pada masa akan datang. Sementara itu, sekolah memainkan peranan kedua setelah peranan ibu bapa.

Kredit : Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak by Nur Kholish Rif'Ani [1] [2] [3] [4]

Share:

No comments:

Post a Comment

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (8) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (26) Makan (15) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (49) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *