29# KEK MARJERIN


Uolls jangan pengsan atau buat-buat terkejut kalau kami cerita sofia berkomplot dengan ayah dia, jijoi untuk buat kek malam ahad tempoh hari. Disebabkan ibu yang acah-acah busy, terlupa nak cerita dalam blog ni. Maafkan patik. Sebelum ni shu pernah buat kek marjerin ni, namun sudah lama. Ok kasi peluang anak beranak ni membakar pulak.

Bahan-Bahannya:
1 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan majerin pelangi
3/4 cawan gula halus
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil esen vanila 

Cara-caranya :
  1. Pukul marjerin bersama gula hingga kembang, dengan kadar kejaluan yang separa laju. Biasalah kalau lambat sangat nak kembang, laki den mula nak boring. Nasib baik bahan semuanya tak memberontak terbang sana sini.
  2. Setelah kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan, pukul hingga rata dan masukkan sekali esen vanilla.
  3. Setelah rata, masukkan campuran tepung gandum bersama serbuk penaik dan kacau rata.
  4. Panaskan oven pada suhu 160 celcius selama 10minit.
  5. Asingkan adunan kepada 3 bekas, dan warna ikut kesukaan anda. 
  6. Sapu loyang dengan marjerin, dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
  7. Bersedia untuk bakar. Masukkan kedalam oven dan bakar pada suhu 160 celcius selama 45 minit.

* shu memang kurangkan kadar tepung gandum, gula dari resepi asal.
* pewarna makanan hanya tinggal warna merah, jadinya pink dan merah yang mampu shu buat.

next time jijoi nak letak chocolate rice lak. ok set.


Share:

2 comments:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (9) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (27) Makan (17) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (50) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *