#3 KEK MARJERIN

lepas makan, kita makan lagi. sementara boleh makan, makan saja apa yang ada. kalau takda pun kita buat bagi ada.


Kek Marjerin

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur*
  • 1 cawan gula halus* (ni pun sudah manis)
  • 1/4 cawan gula perang*
  • 1sb ovalet*
  • Esen vanila*
  • marjerin
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk baking powder

Cara-cara:
  1. satukan kesemua bahan bertanda * dan pukul hingga gebu gebas.
  2. kemudian masukkan minyak masak dan pukul selama 2 jam minit.
  3. sementara itu, panaskan oven suhu 170 selama 10 minit sebelum bakar.
  4. ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
  5. masukkan bahan ayak tadi kedalam adunan sikit-sikit. sebatikan.
  6. masukkan adunan yang sudah siap tadi kedalam oven dan bakar suhu 180 selama 45 - 50 minit.

kalau nak berwarna, boleh letakkan warna kesukaan korang, shu sebab main masak-masak dengan anak dara ni, jadinya ada macam-macam warna.

nota : sukatan gula memang shu kurangkan dalam setiap masakan shu, sekiranya shu nak bekalkan kepada mak mertua. 
#3 KEK MARJERIN #3 KEK MARJERIN Reviewed by Shuhaida Saad on 21 January Rating: 5

1 comment

  1. pandai tul sis buat kek kan...best ler

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90