20 May 2018

9# GULAI AYAM


Gulai Ayam | berpuasa di rumah bersama dak sophea ni sesuatu yang mencabar jugak. haha dengan melasaknya, dengan 24/7 nak makan saja. bertabahlah ibu dengan dak ni. harini dia req nak ayam masak kicap macam semalam lagi. tengah hari ibu dah start masak, jiran yang dengar pun mesti pelik sebab awai menumis.

Resepi : Gulai Ayam

Bahan-bahan tumis:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 sk jintan
Gula & Garam
Serbuk Kari

3/4 ekor ayam - potong ikut kemampuan
3 cm Lengkuas
1 batang Serai
Asam Jawa
1 biji tomato
10 batang kacang
2 butir Cengkih
3 cm Kayu manis
1/4 kotak Santan

Cara-caranya:
  • satukan semua bahan tumis dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  • masukkan ayam, tomato dan kesemua bahan kecuali santan, dan kacang.
  • biarkan sehingga mendidih. masukkan santan dan kacang.
  • sentiasa kauk gulai supaya kuah tak meruap dan tumpah.
  • ayam sudah empuk, boleh padamkan api.
  • tunggu jam 7.00 petang boleh panaskan semula untuk juadah berbuka. ☺️

gambar : google

1 comment: