8# AYAM MASAK KICAP PEDAS

by - 19 May


Ayam Masak Kicap Pedas | asingkan ayam pedas dengan tak pedas. karang mek sophea tak boleh jamah, pedas. huhu

Resepi : Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan :
3/4 ekor ayam (gaul bersama garam, kunyit, rempah kari & goreng)
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
1 sb kicap cair
1 sb kicap pekat
5 sb kicap manis
2 biji kentang (potong bulat )
Garam
1 sb jus limau
bawang Holland & cili padi (potong)

Bahan kisar:
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara menyediakan:
  • Goreng ayam yg sudah di letak garam, kunyit & rempah kari
  • Goreng pula kentang yg dipotong tadi
  • Tumis bahan-bahan yg dikisar hingga kekuningan/agak garing. kemudian masukkan sos tiram, sos cili. kacau dan tambah air 1 cawan. Masukkan kicap cair, kicap pekat & kicap manis.
  • Masukkan ayam, kacau. then masukkan garam.
  • Masukkan jus limau. biar sebati kuah.
  • Bila kuah dan ayam sudah sebati dan agak pekat. Masukkn bawang Holland yg dipotong bulat bersama cili padi.
  • Siap. bole dihidang.

gambar : google


You May Also Like

7 comments

  1. yang ni pun nampak sedap. esok kena try macam ni

    ReplyDelete
  2. Masak kicap ni salah satu lauk yang menjadi pilihan sebab lambat basi dan bila di hangatkan banyak kali makin sedap....hehe..

    ReplyDelete
  3. saya dah dua hari menu berbuka dengan ayam masak kicap.. :)

    Jemput untuk sertai giveaway terbaru
    http://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html

    ReplyDelete
  4. adehhh seksa dtg tengok nak dekat tghri ni hahaha

    ReplyDelete
  5. Masak simple mcm nI pon sedap kan. Makan ngan nasi panas2.

    ReplyDelete
  6. boleh salin resepi ni..hihi

    ReplyDelete
  7. Sha buat menu nie dua hari lepas.. tapi tak buat pedas sebab anak dara tak makan pedas..

    ReplyDelete

You can say anything but please dont hurt me. Thank you