Antara momen kesukaan saya setiap tahun adalah sesi pemulangan atau penyerahan semula buku teks, di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Seingat saya sejak darjah 1, sehingga tamat tingkatan 5, membalut buku ni tak lari. Waktu kita balut tu lah, segala adik beradik datang letak buku mereka untuk dibalut juga. 😂
Sekarang sudah habis sekolah pun, bab balut buku boleh bergaduh dengan anak dara sorang ni. haha untuk elakkan pergaduhan yang panjang, anak balut 2buah, selebihnya ibu. 😑 mak hang punnnnn..
Antara yang paling dititikberatkan semasa pemulangan buku teks ini adalah :
- Keadaan buku ; buku hendaklah dalam keadaan baik. Pernah sekali terima buku dalam keadaan agak uzur, boleh dibaiki dan digunakan sebenarnya. Saya belikan baharu untuk keselesaan anak, boleh juga dipanjangkan untuk anak-anak tahun hadapannya.
- Pembalut buku ; balut buku menggunakan pembalut plastik dan pita pelekat. Maaf, saya tak syorkan untuk membalut mengguna plastik pembalut buku pelekat sendiri/self-adhesive book cover, hari ini nampak cantik sebab baru balut, azabnya pada pengguna seterusnya. 😓
- Maklumat murid ; maklumat sesi persekolahan anak hendaklah di isi.
- Buku Hilang atau rosak ; pastikan buku yang hendak diserahkan adalah cukup seperti bilangan semasa terima. Jika terdapat kehilangan ataupun kerosakan, hendaklah digantikan dengan buku baharu.
.jpeg)
.jpeg)
Maka tamatlah sesi pembelajaran 2026 dak Sofia pada tahun ni dengan pemulangan buku teks. Sekolah masih kena hadirkan diri walaupun tak belajar.
Post a Comment