Ladies Day di Good Times DIY & Lifestyle Cafe, My Town

Cerita hari ini, dimana saya dan rakan sekerja wanita melibatkan diri dalam program anjuran pihak Human Resource ke Good Times DIY & Lifestyle Cafe yang terletak di L2-052, No 6, Jalan Cochrane, Mytown Shopping Mall, Kuala Lumpur. Para wanita akan membaking hari ni okay guys.


Tapi sebelum tu, kami beramai-ramai menjamu selera di Swedish Restaurant - IKEA Cheras. Disebabkan rambang mata dengan menu ditambah orang makin ramai beratur, saya pilih Chicken caesar salad with egg, untuk lunch! ni kalau tak kuyus, siaplah.


Selepas selesai solat Zohor. Kami bergerak ke tingkat 2 mytown; tidak jauh dari cafe IKEA. Sampai di Good Times Cafe kami diberi loker untuk simpan beg masing-masing. Kemudiannya kami dibahagi kepada 4 kumpulan mengikut menu Baking iaitu Triple Chocolate Soft Cookies, Nutella Tart, Lemon Cake dan Hokkaido Vanilla Cupcake. 


Saya pilih kumpulan Hokkaido Vanilla Cupcake ni. Ini antara bahan-bahan yang telah disediakan untuk pembuatan Hokkaido Vanilla Cupcake yang dapat hasilkan 8 biji cupcake. 😀 Bahannya mudah didapati.



Setelah selesai memukul, menggaul, menterbalikkan bahan-bahan semua ini. Maka hasilnya beginilah. Bersedia untuk dibakar!


Masa 20 minit diperlukan untuk menghasilkan cupcake ini. Sementara menunggu, kami di sajikan dengan makanan petang. Seri Muka tu tersedap! 


Setelah masak, cupcake dibiarkan sejuk di hadapan kipas selama 20 minit sebelum proses hiasan dilakukan. 


Dan hasilnya! menjadi. Rasanya jangan ditanya sebab kesuntukan masa. Rasa di rumah masing-masing, ya ampunnnn.. sedap haha!


Ini antara pakej yang ditawarkan di Good Times Cafe ini. 



Maaf masih belum sempat ziarah blog rakan-rakan yang lain. Hujung minggu saya maraton.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Next Post Previous Post