Ada kalanya terasa teringin nak mencuba minuman yang lain dari kebiasaan. Kalau sebelum ini lebih kerap memilih kopi atau minuman kegemaran sendiri, kali ini iaitu petang semalam saya tertarik pula untuk mencuba minuman berasaskan buah-buahan.

Baru-baru ini, saya singgah di Auntea Jenny, Cheras Trader Square dan mengambil kesempatan untuk mencuba salah satu minuman yang ditawarkan iaitu Royal Fruit Tea (XL).
Apa yang menarik perhatian saya ialah pilihan minuman ini yang menggabungkan teh dengan rasa buah-buahan. Nampak menyelerakan dan sesuai pula dinikmati ketika cuaca panas.
Royal Fruit Tea (XL) – Harga & Promosi
Minuman: Royal Fruit Tea
Saiz: XL
Harga asal: RM16.90
Promosi : 50% (promosi pengguna baharu / new user)
Harga selepas diskaun: RM8.45
Tempat pembelian: Auntea Jenny, Cheras Trader Square

Harga selepas diskaun: RM8.45
Tempat pembelian: Auntea Jenny, Cheras Trader Square
Bagaimana pula rasanya?
- Rasa buah-buahan lebih menyerlah.
- Terdapat potongan buah di dalam minuman.
- Konsepnya hampir sama seperti Fresh Tropical Fruit Tea dari Beutea.
- Tahap kemanisan boleh dipilih mengikut cita rasa sendiri.
- Pilihan ais juga boleh disesuaikan.
Pilihan saya:
Sugar Level: 30%
Ice Level: Normal Ice
Bagi saya, kombinasi 30% sugar dan Normal Ice memang just nice. Tidak terlalu manis dan rasa buah-buahan lebih menyerlah. Suka juga apabila tahap kemanisan boleh dipilih sendiri kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza.

Berbaloi atau tidak untuk dicuba?
Secara keseluruhannya, saya suka dan berpuas hati dengan Royal Fruit Tea (XL) yang dicuba kali ini.
Bagi penggemar minuman berasaskan teh dan buah-buahan, bolehlah masukkan Royal Fruit Tea daripada Auntea Jenny dalam senarai minuman untuk dicuba.
Itulah sedikit perkongsian pengalaman saya mencuba Royal Fruit Tea (XL) di Auntea Jenny, Cheras Trader Square. Lain orang, lain cita rasanya. Apa yang penting, kita menikmati pilihan masing-masing.
Post a Comment