Malatup Malatang di Bandar Tun Hussien Onn (BTHO)

Cerita masih fresh dari oven 😁. Cerita tengah hari tadi, rancang bersama rakan sekerja untuk merasa Malatup Malatang di Bandar Tun Hussien Onn (BTHO) - ialah sebuah kedai makan yang menarik untuk dicuba, terutamanya jika suka makanan berkonsepkan sup pedas ala Sichuan dari China. Ini kali pertama bagi saya untuk mencuba sesuatu yang baru seperti ini 😊 Disebabkan housemate aka suami saya bukan jenis pemakan sebegini, jadi kena cari partner in crime yang sekepala.

Sampai ke kedai makan ini awal, jadi tidak ramai pelanggan. Tugas untuk memilih makanan berlarutan agak lama. Nak makan apa? apa? apa? alaa nak apa lagi? cukup ke tak? ni pun sedap, ni sedap, nak rasa ni juga. haa semua datang dalam satu masa. Ini kerana kedai berkonsep pelanggan memilih bahan yang disukai sebelum bahan tersebut dimasak dan dihidangkan bersama kuah pilihan. Hasilnya semangkuk besar terhidang. 


Habis semangkuk seorang Shuhaida kerjakan. Luas lah usus kami! Saya pilih kuah Tomyam, sebabnya tak tahan pedas. 😉 ada beberapa pilihan kuah mengikut selera iaitu kari laksa, mala manakala dry mala tidak disediakan di cawangan sini.


Hasilnya RM38.65 lebur untuk hari ini, termasuk air yang boleh di refill. 😜 perisa tomyam pun sokseksoksek sudah. Kalau saya ambil kuah perisa mala, gamaknya lepas saya, saya lagi refill air tu.


Tak habis di situ, kami singgah ke Luckin Coffee di BTHO untuk sesi manisan. 😇 kali ini cubaan untuk menu lain disebabkan malam tadi sudah minum Velvet Latte, maka Mango Jasmine Frappe jadi pilihan. Rasa yang masih boleh diterima! 


Nampaknya hidayah belum mengunjung tiba untuk sesi cut sugar selepas sebulan makan tidak teratur. 

Sebelah petangnya pula, sebaik saja matikan enjin kereta, suami call minta masakkan nasi putih dan buatkan air teh o panas. Disebabkan permintaan sebeginilahhhh, susah untuk ditolak. Kerana selepas 20 minit, kelibat suami dengan bungkusan makanan di tangannya betul-betul depan pintu rumah - gantung periuk lagi hari ini. 😝 Semoga dimurahkan rezeki suamiku ini.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Next Post Previous Post