Pernah beberapa tahun yang lalu bercerita mengenai satu warung ni, Warung Nyoq Lagend. Kali ni kita review lagi. Apa yang menarik saya mengenai warung ini adalah warung yang dulu di bawah kanopi sekarang telah upgrade ke bangunan.
27 Oktober 2026 yang lepas, saya bersama Sofia merancang untuk makan di warung selepas balik dari sekolah pada jam 1 petang, berikutan kawasan rumah tiada bekalan air kerana pencucian reservoir oleh pihak Air Selangor. Kebetulan jalan sesak, kami mengambil masa agak lama untuk sampai. Sudahnya tapau. 😀
Dalam perjalanan pulang, sudah selamat masuk ke dalam perut comel Sofia. Katanya lama sangat nak sampai rumah, takut tak sempat makan, jam 2 petang perlu ke KAFA pula.
![]() |
| Bihun Sup Daging |
![]() |
| Laksa Utara |
![]() |
| Setelah selesai tuang kuah |
Bila takda air ni, makan pun dalam bekas ni saja, tak perlu cuci pinggan dah. haha!
![]() |
| Cendol sawit (req kurang manih) |
Adik di kaunter bayaran offer cendol ini katanya sedap. Ok kita cuba, boleh tahan. Walaupun telah minta untuk kurang manih, masih terasa manihnya. 😊
![]() |
| Jelly kelapa longan |
Kenyangnya sampai ke petang, alhamdulillah.. dietnya dah ke laut dalam.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Pertama kali PH tengok jeli kelapa longan tu, terus rasa nak cuba .
ReplyDeleteKena masuk dalam list...
ReplyDeletebila-bila boleh pergi...
Saya selalu juga datang makan dekat sini. Paling suka jeli kelapa longan. Cedok tak habis-habis.
ReplyDeleteTerliur aih tgk2 menu2 ni =D
ReplyDeleteSebenarnya lagi manih lagi sedap. Jumpa tak sesuai untuk ahli persatuan diabetes. he he
ReplyDeleteWah, Warung Nyoq Lagend dah naik taraf daripada kanopi ke bangunan, mesti makin selesa! 😊 Sayangnya rancangan makan di situ bertukar jadi bungkus sebab jalan sesak. Tak apalah, yang penting dapat juga menikmati makanan warung kegemaran!
ReplyDeleteuish...semua bikin terliur ni
ReplyDeleteAiiiih bihun sup daging tuh, nampak sedaaaap 😍😍😍😍😍.laksa Utara saya pun sukaaa juga. Dah lamaaa tak makan ini.
ReplyDeleteSemua makanan nampak menyelerakan ..
ReplyDeletePost a Comment