Warung Nyoq Legend, Sg Ramal Luar , Selangor sudah upgrade gais

Pernah beberapa tahun yang lalu bercerita mengenai satu warung ni, Warung Nyoq Lagend. Kali ni kita review lagi. Apa yang menarik saya mengenai warung ini adalah warung yang dulu di bawah kanopi sekarang telah upgrade ke bangunan.

27 Oktober 2026 yang lepas, saya bersama Sofia merancang untuk makan di warung selepas balik dari sekolah pada jam 1 petang, berikutan kawasan rumah tiada bekalan air kerana pencucian reservoir oleh pihak Air Selangor. Kebetulan jalan sesak, kami mengambil masa agak lama untuk sampai. Sudahnya tapau. 😀

Dumpling surrr

Dalam perjalanan pulang, sudah selamat masuk ke dalam perut comel Sofia. Katanya lama sangat nak sampai rumah, takut tak sempat makan, jam 2 petang perlu ke KAFA pula.

Bihun Sup Daging

Laksa Utara

Setelah selesai tuang kuah

Bila takda air ni, makan pun dalam bekas ni saja, tak perlu cuci pinggan dah. haha!

Cendol sawit (req kurang manih)
Adik di kaunter bayaran offer cendol ini katanya sedap. Ok kita cuba, boleh tahan. Walaupun telah minta untuk kurang manih, masih terasa manihnya. 😊

Jelly kelapa longan 

Kenyangnya sampai ke petang, alhamdulillah.. dietnya dah ke laut dalam.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Next Post Previous Post