Pada 14 Oktober 2026 yang lalu, bersama adik merancang satu kejutan kecil buat Mak sempena hari lahirnya dengan kiriman jambangan buah daripada Adelia Gold Surprise Delivery. 🍎🍇🍊

Tapiiii, lain pula jadinya! Hahaha! 😂 Kami yang berniat nak buat kejutan untuk Mak, akhirnya kami pula yang terkejut sebab Mak tak ada di rumah! 🤣 Alamak, surprise tak menjadi seperti yang dirancang!
Jadi, kali ini memang tak ada gambar birthday girl untuk dijadikan kenangan. Yang ada hanyalah gambar buah-buahan sahaja. Hahaha! 🍎🍇🍊 Tak apalah, buah pun boleh masuk dalam album kenangan.
Walaupun kejutan kali ini tak berjalan seperti yang dirancang, niat dan kasih sayang buat Mak tetap sama.
Selamat hari lahir buat Mak! 🎂💐 Semoga Mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dalam keberkatan, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Semoga Mak sentiasa bahagia dan dikelilingi insan-insan yang menyayangi Mak.
Sayang Mak selalu! ❤️😘 Al-Fatihah untuk ayah.
🌷 Kejutan istimewa daripada Adelia Gold Surprise Delivery.
Post a Comment