30# Daging Masak Sos Tiram


Kemarin balik kerja singgah pasar malam sebab bahan mentah sudah habis. Alang-alang beli daging, terus buat hidangan terlajak suka ni. nyummy nyummy.. hehe

Bahan-bahan :
300 gm daging
3 biji bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dimayang
1/2 inci halia - dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji cili merah dan hijau - dimayang
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan air bagi memekatkan kuah
1 tangkai daun bawang
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan goreng daging menggunakan api besar selama 3 ke 5 minit. Angkat daging dan toskan

2. Kemudian,tumiskan bawang putih dan halia sehingga sedikit garing.

3. Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau, daging, sos tiram, serbuk lada putih serta kicap dan gaulkan rata.

4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.

5. Setelah itu, masukkan bancuhan tepung jagung kacau seketika dan bolehlah diangkat.

6. Taburkan daun bawang sebelum dihidang.

Share:

10 comments:

  1. Sedapnyaa daging masak sos tiram. Lapar tengok. Hihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Lama juga tak buat menu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. simple dan tak banyak benda kena buat

      Delete
  3. Waa sedaap.. Thanks for resepi:) and thankyou for bloglist segment+followbacknya.. Salam kenal juga :)

    ReplyDelete
  4. oiya by https://thendelion.blogspot.com/2019/04/gen-90-permaianan-khas-masa-kecil.html sekali lagi terimakasih :)

    ReplyDelete
  5. my favourite ni. tp sejak lps buat pembedahan hari tu masih lg berpantang mkn daging merah. tunggulah dah betul2 sembuh nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga abam kie sembuh sepenuhnya. takpa makanan boleh buat lepas dah sihat. badan kalau sakit nak makan pun xselera.

      Delete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (5) AmilSafwan (1) Family (4) Film/Drama (4) Giveaway (68) Info (13) Kehamilan (9) Lagu (4) Lifestyle (22) Makan (8) Parenting (4) Peribahasa (231) Perth (7) PNME (64) Resepi (31) Sharing (14) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *