Perubahan Rutin Waktu Bekerja & Corak Pengambilan Makanan

 

Alhamdulillah.. hari kedua bekerja untuk tahun baru ini. Kemarin pasti ramai yang bercuti, dan ada ibu bapa yang makin bertambah kalut dengan persekolahan anak-anak. Walaupun bercuti, kami masih perlu bekerja, alaaa.. hanya setengah jam setiap pagi saja pun. Bukanlah sesuatu yang membebankan. 

Perkara pertama yang mengganggu ketenteraman kami adalah waktu bekerja sudah bertukar. In 0830 out 1730. Balik lambat sangat we, mereput dalam office petang-petang ni, nak p berjogging pun terbantut. acah ja. kena re-schedule semula masa dengan baby sitter. kesian baby sitter terganggu aktiviti mereka sekeluarga pula. semoga ada hikmah semua ini.

Semangat baru untuk tahun ini adalah untuk turunkan berat badan yang dari pat lima enam tahun yang lepas tapi masih belum nampak hasilnya. Peningkatan berat boleh diikhtiraf, penurunan sangat merosot malah langsung tiada. fuhhh.. Bermula 2 Januari 2019, target kami hanyalah turunkan berat badan untuk sepanjang tahun sehingga mencapat berat asal. 

20 kg merupakan peningkatan yang agak melampau untuk seseorang perempuan/gadis sunti yang hanya berketinggian 158 cm, seperti pokok rambutan dah lagaknya. kah. macam mana pengiraan pengambilan kalori? oh tidak! kami hanya ingin memulakan rutin pengambilan makanan tanpa ais, lemak, minyak sahaja dulu. sebab takut badan yang terlalu mengada ni akan terkejut dan kunonnya buat-buat nak hypo atau pitam.

perumpamaan untuk diri shu seorang saja tau, jangan salah paham naa. risau iolls kalau korang terasa dengan perkataan shu.


Share:

3 comments:

  1. Yeah... Semoga impian Shu tercapai di tahun 2019 ini...

    ReplyDelete
  2. Semoga semua target Kak Shu untuk tahun ini tercapai. All the best.

    ReplyDelete
  3. fighting..!! CT pun nak kena reduce weight. but bfast is really important. kena amek.. lepas tu minum air banyak2. insyallah you can do it =D

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (8) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (26) Makan (15) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (49) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *