2# RESEPI ROTI PURI VIRAL

by - 19 January

harini minum petang bersama anak terasa nak buat roti puri viral tu. barang semua complete, jadi shu teruskan buat roti puri viral.


Roti Puri

Bahan-bahannya :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sdt yis
  • 1sdt gula
  • 3sdb minyak masak
  • 1/2 sdt garam
  • 3/4 cawan air panas

Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air panas. Gaul hingga berderai-derai
  2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. Shu uli dengan tangan je.
  3. Buat bulat-bulatkan sebesar bola ping-pong
  4. Biarkan selama 30 minit.
  5. Panaskan minyak masak.
  6. Gelekkan doh yang dibentuk tadi. Semasa menggoreng, siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung dan balik-balikkan.

Kredit gambar : Kak Suzie 
sebab shu cicah puri bersama sardin, letak gambar bersama sardin. gambar sebenar tak sempat snap sudah ke perut.

You May Also Like

1 comments

  1. semua makann sis buat nampak sedap meyh..

    ReplyDelete

You can say anything but please dont hurt me. Thank you