Projek Kebun Rumah: Cili Purple dan Serai

Hasil tanaman sudah mula menampakkan hasil. Sesi berkebun kembali onz selepas Sofia selesai UPKK baru-baru ini. Hehe!

Nampaknya ada perkembangan positif untuk kebun kecil-kecilan kami. Cili purple sudah mula mengeluarkan buah. Anak pokok ini merupakan pemberian akak cleaner. Secara random, dia hulurkan anak pokok tersebut selepas percubaan menanam pokok bunga menjadi.

Tak sangka pula pokok pemberian itu sudah mula berbuah. Lagi menarik, buahnya berwarna purple! Seronok tengok hasilnya. 🌶️


Pokok serai pun tak kurang hebatnya. Daunnya sudah mula meninggi dan nampak semakin subur. Ini hasil daripada serai yang dibeli di NSK sebelum ini. Nampaknya menjadi juga percubaan menanam serai daripada serai yang dibeli.

Abaikan manusia belakang pokok serai tu

Walaupun baru berkebun secara kecil-kecilan, seronok juga melihat pokok yang kita tanam mula membesar. Tak perlulah hasil yang banyak, asalkan ada perkembangan dan pokok hidup subur, sudah cukup menggembirakan. Agaknya beginilah perasaan arwah ayah bila hasil tanamannya menjadi, seperti terapi. ok esok nak tanam pokok apa lagi?

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi kebun. Lepas ini bolehlah tambah lagi koleksi tanaman. Cuma harapnya kerajinan berkebun ini berkekalan, bukan hangat-hangat tahi ayam. Tahu-tahu nanti pokok pula yang merajuk sebab tuannya malas menjenguk. 😂🌱

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Next Post Previous Post