Drama | What's Wrong with Secretary Kim (2018)

Assalamualaikum 


Watak Utama: Park Min Young as Kim Mi-So, Park Seo Joon as Lee Young-Joon, Lee Tae Hwan as Lee Sung-Yeon
Negara: Korea 
Episod: 16

Drama ini mengisahkan tentang Lee Young-Joon, Naib Presiden kepada syarikat yang dikendalikan oleh keluarganya. Dia sangat asyik dengan dunianya sehingga tidak mempedulikan orang sekeliling. Beruntung kerana memiliki seorang setiausaha, Kim Mi-So yang berkebolehan dan tinggi tahap kesabaran dalam melayan kerenah boss yang sorang ni selama 9 tahun.

Bagaimanapun, Mi-So yang bekerja dengan tekun selama 9 tahun, kini ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya dengan memutuskan untuk meletak jawatan. Sepanjang proses penyerahan tugas kepada setiausaha baru, salah faham yang melucukan berlaku antara Young-Joo dan Mi-So ini.


Korang boleh bayangkan, selama ini boss yang muka ketat setiap pagi dan semua pekerja takut nak pandang, tiba-tiba masuk kerja pagi tu siap tersenyum dan menyapa pekerja. Sesuatu sangat kann? Serba salah pekerja lain. Itulah yang berlaku kepada pekerja bawahan Young-Joon apabila dia mabuk bercinta dengan setiausahanya, Mi-So.

Young-Joo memiliki kisah silam yang melibatkannya Mi-So dan abangnya Sung-Yeon. Di awal penceritaan Young-Joon berjumpa Mi-So, namun Mi-So telah hilang ingatan. Kepulangan abangnya, Sung-Yeon sedikit demi sedikit merungkai kisah silam antara mereka. Young-Joon yang selama ini bertindak seperti hilang ingatan demi menjaga perasaan bersalah ibu dan abang terhadapnya, terbongkar.


Watak sampingan yang melucukan dan menjadikan jalan cerita berkembang dan menarik. Go Gwi Nam antara pekerja lelaki yang terhangat, dikatakan memiliki baju yang sama dan banyak. Terkantoi yang sebenarnya hanya memiliki sehelai baju sahaja. Plot ini sangat lucu. Kabut dibuatnya! Pergi berkempen pun pakai baju kerja, gila kelakar.

Terima kasih,

Share:

6 comments:

  1. waalaikumussalam. yes kak suka kat watak2 sampingan. semuanya best ^_^

    ReplyDelete
  2. Tergelak sendiri bila tengok dia asyik syiok sendiri. Geram je kalo sis yang jadi Mi So tu. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis kan.. hahaha tak kering gusi lah

      Delete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (15) AmilSafwan (1) Drama (25) Family (13) Giveaway (15) Info (23) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (34) Makan (20) Parenting (7) Peribahasa (353) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (54) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)