Drama | King2Hearts (2012)

Assalamualaikum 



Watak Utama: Ha Ji Won as Kim Hang Ah,Le Seung Gi as Prince Lee Jae Ha, Jo Jung Suk as Eun Shi Kyung
Negara: Korea
Episod: 20

Berkisah mengenai seorang penasihat wanita dari Korea Utara yang serba berkebolehan dan sempurna, Kim Hang Ah. Namun tidak pernah bercinta. Memandangkan umur sudah meningkat, Hang Ah selalu mengadakan blind date dalam mencari pasangan dan ingin berkahwin.

Lee Jae Ha, seorang putera raja Korea Selatan yang tidak berminat dalam mengejar politik dan kedudukan. Mereka bertemu didalam latihan askar. Pada mulanya masing-masing bagai anjing dengan kucing. Hang Ah mula menyukai Jae Ha. Namun Jae Ha, berniat untuk permainankan perasaan Hang Ah, namun tak kesampaian, sebab dia pun terjebak sukakan Hang Ah.



Namun sesuatu telah terjadi kepada Raja, abang Jae Ha yang menyebabkan Jae Ha terpaksa menjadi Raja bidan terjun. Dalam pada itu, rundingan untuk menamatkan perang antara Korea Utara dan Korea Selatan menjadikan tanggungjawab Jae Ha bertambah berat. Adik Jae Ha yang merupakan salah seorang saksi, turut menerima kesan daripada kejadian tersebut. Lumpuh separuh badan.


Pelbagai kejadian telah berlaku sepanjang perhubungan mereka. Paling menarik bila Hang Ah dan permaisuri diculik, Hang Ah berjaya meloloskan diri bersama permaisuri.



Di akhir perceritaan, dalang disebalik semua konspirasi ini rupanya budak sekolah Jae Ha. Rancangan diatur dengan teratur bersama Shi Kyung, dan akhirnya berjaya diberkas. Namun kerana alpa, Shi Kyung terkorban. Sedih part ni, sebabnya adik Jae Ha cintakan Shi Jyung.


Kami suka watak yang dibawakan oleh Hang Ah, tegas dan professional semasa operasi, namun lembut manja sebenarnya.

Terima kasih,

Share:

4 comments:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (15) AmilSafwan (1) Drama (25) Family (13) Giveaway (15) Info (23) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (34) Makan (20) Parenting (7) Peribahasa (353) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (54) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)