Cara Mudah Masak Nasi Tanpa Kerak

Assalamualaikum  

Seminggu ni datang angin nak masak nasi dalam mug. Bila tengok kerak nasi hampir setiap hari dibuang, walaupun sudah dikikis hingga lapisan nipis, waktu mencuci periuk, masih ada sisa kerak nasi, terasa sayangnya dibuang. Penat ayah dikampung menanam padi.

cara masak nasi
Gambar : Google
Percubaan pertama nasi masak tapi lembik kerana lebihan air. hikss.. Percubaan kedua dan seterusnya nasi masak dengan baik. Sofia memandai letak nama, nasi cawan! Dipelawa ayah makan nasi "ayah jom lah makan nasi cawan dengan Ibu dan Sofia"

Setakat 3 perut yang jamah nasi, Shu hanya guna kaedah ni. Kalau untuk sedara mara datang berkunjung, berbaloi masak nasi guna periuk tu sendiri.

Caranya yang sangat mudah semudah ABC :-
  • Cuci beras sehingga bersih seperti biasa.
  • Letak beras suku mug
  • Letak air suku beras, jangan terlalu banyak nanti lembik
  • Susun mug di dalam periuk eletrik, dan isi air paras beras tadi (anggaran) didalam periuk eletrik
  • Kemudian tekan butang on, tunggu hingga masak dan offkan periuk

Share:

20 comments:

  1. saya pun selalu masak macam ni kalau duk rumah sewa. masak untuk sorang makan. kalau masak sikit akan ada kerak kan. tapi saya guna mangkuk aluminium kecik. bukan guna cawan plastik takut keluar chemical time pemanasan haba tu. just a tips. boleh beli cawan or mangkuk aluminium di kedai DIY atau eco rm2.10. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk tips sis, shu tak berani letak dalam bekas plastik sebab takut kemek dan kandungan kimia dalam plastik tu

      Delete
  2. kalau sy buat mcm nie kak confirm mumy sy bising hahaha.. Apapun bagus jugalah idea nie kalau tinggal sorg.. atau dah kahwin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mumy bising apahal masak dalam mug ni? hahaha

      Delete
  3. kalau anak anak balik kampung, MY tinggal berdua je dengan suami... memang malas masak. jadinya beli lauk dan masak nasi kukus dalam mug macam ni je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang, kalau berdua tak membazir utk kerak tu

      Delete
  4. Nice sharing, nanti boleh la zumal cuba

    ReplyDelete
  5. oo ni first time mama tengok ni

    ReplyDelete
  6. ammi belum pernah cuba lagi.. skrg ni masak nasi guna pressure cooker jadi takdelah keraknya. Tapi nanti nak cuba jugaklah...kot2 boleh kurangkan rice intake.

    ReplyDelete
  7. Nak cuba buat juga tapi tak tahulah bila nak rajinnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shu guna kaedah ni ja kak Sha, sebab malas nak cuci kerak (penyakit M) banyak ni

      Delete
  8. Nak kena try juga ni nanti 😎👍🏻

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (8) Giveaway (9) Info (22) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (30) Makan (18) Parenting (7) Peribahasa (321) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (52) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *