Cara Mengenal Orang 'Toksik' Dalam Hidup Anda

Assalamualaikum  

Orang yang toksik lazimnya ada di mana-mana. Baik disekolah, jiran tetangga mahupun rakan sepejabat. Bagaimana mengenali manusia toksik ni?

1. Kaki Gosip
Mereka mendapat keseronokan dengan menjaja kesusahkan atau penderitaan orang lain. Mungkin seronok sebab dapat mengetahui rahsia peribadi dan cerita dalam kain orang lain, dan paling sedih bila cerita itu ditokok-tambah. Kesian mangsa yang tak tahu apa-apa.

Image result for kawan toksik

2. Berangin
Ada sesetengah tidak tahu langsung kawal emosi dan perasaan mereka. Sikit-sikit nak marah. Manusia berangin ini sentiasa anggap orang sekeliling sebagai punching bag dan elakkan bergaul dengan mereka.

3. Mereka 'Drama Queen'
Kepada anda yang lurus, anda hanya akan nampak seolah-olah orang-orang sebegini selalu bernasib malang. Anda sering akan mendapati bahawa seseorang toksik hidup penuh dengan drama.

4. Selalu Membuat Anda Dilemma
Dari kategori ini amat sukar dikenal pasti kerana pada mulanya, kita akan berasa empati dengan masalah mereka. Namun lama-kelamaan, anda mula nampak yang mereka ini sebenarnya menjadi mangsa dalam semua keadaan. Lama-lama mereka akan naik lemak, sehingga sekecil-kecil perkara pun jadi isu besar yang kononnya mereka lah mangsa.

5. Terlalu bangga dengan diri sendiri
Mereka selalunya asyik bercerita tentang diri mereka saja, hingga tidak peduli anda atau masalah yang anda hadapi. 

6. Hasad Dengki
Mereka ini tidak pernah faham erti bersyukur. Mereka sentiada berasa dengki dan cemburu dengan kejayaan orang lain. Elakkan bersama orang sebegini, kerana ia boleh membuatkan anda berasa ragu-ragu dengan keupayaan sendiri.

7. Mereka Selesa Berbohong
Mereka suka membelit dan mereka-mereka cerita dalam segala hal. Jalan cerita mereka selalu menyimpang jauh, menyorok maklumat atau berbohong secara direct. Mereka menyembunyikan kebohongan mereka disebalik kata-kata manis.

8. Judgmental
Mereka ini gemar menyuarakan pendapat apa yang cool dan apa yang tidak. Kadang-kadang mereka punya penilaian itu buat anda rasa seperti sampah. Mereka tidak menghargai dan belajar daripada orang yang berbeza pendapat dengan mereka.

9. Bongkak
Mereka merasakan merekalah manusia paling sempurna atas muka bumi ini. Semua barang nak ditayang, paling teruk apabila barang kepunyaan orang lain diperlekehkan. 

10. Negatif
Orang yang mempunyai aura negatif ini merupakan seorang yang bersikap pesimis dan sentiasa berfikiran 'susah', 'takut', 'tak boleh' atau ada saja komen dan alasan negatif yang diberikan.

11. Mereka Pakar Memanipulasi Keadaan
Mereka ini bijak membuatkan anda rasa berhutang sesuatu dengan mereka dan berterusan mengambil kesempatan terhadap anda.

12. Projecting Perasaan Mereka ke Dalam Anda
Mereka tidak mengaku apa yang mereka rasa, sebaliknya mereka berkelakuan seolah-olah anda yang sedang mengalaminya. Sebagai contoh, dia rasa cemburu tapi tidak mengakuinya. Malah menuduh anda pula yang cemburu terhadapnya.

13. Mereka tidak Pernah Mengaku Salah
Selalunya mereka sukar meminta maaf. Sesetengah hanya mahu menang dan tiada gunanya anda melayan orang sebegini.

14. Mereka Selalu Meninggalkan Perbualan Tergantung
Mereka tidak menjawab mesej anda. Mereka tidak melayan panggilan telefon. Anda akan tertanya-tanya dan kerap berteka-teki dengan mereka, andakah urusan anda dengan dia sudah selesai? Anda tak tahu mereka masih hidup atau sudah mati.

15. Mereka menggunakan perkataan lembut dalam nada yang makan dalam.
Ayat sinis sudah menjadi amalan mereka. Mereka gemar membuat ayat makan dalam agar kita berasa bersalah atau kecil hati.

16. Bercakap benda yang tiada kaitan.
Mereka selalu mengungkit benda yang telah lepas. Apabila ada pertikaian dan anda cuba untuk menyelesaikan, sahabat toksik akan membawa point yang tidak relevan daripada peristiwa-peristiwa yang lalu.

17. Mereka suka memperbesar-besarkan dan meyalahkan orang lain
Apa yang diungkapkan mereka, seolah-olah kita yang salah dan membuatkan mereka bersedih. Mereka sering menyalahkan orang lain terhadap masalah yang mereka lakukan. Malah anda juga akan dipersalahkan.

Toksik sinonim dengan racun, maut dan tidak sihat. Kaedah terbaik adalah mengurangkan perhubungan dengan mereka. Jangan rasa bersalah dan teguhkan hati. Cintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain.


Dari Abu Musa Asy-Asy’ari, Rasulullah saw. Bersabda :

"Sesungguhnya, Perumpamaan Teman yang Baik dan Teman yang Buruk, adalah Seperti Penjual Minyak Wangi dan Tukang Pandai Besi.

Seorang Penjual Minyak Wangi akan memberi kamu Minyak, atau kamu Membelinya, atau kamu mendapati Bau yang Harum darinya.

Sedangkan Pandai Besi, maka bisa jadi akan Membakar bajumu dan bisa pula engkau mendapati darinya Bau yang Busuk”


(HR. Muttafaq ‘Alaih).

Sekian

kredit : 
iluminasi.com - 9 Jenis Manusia Bertoksik Yang Perlu Anda Jauhi.
akuislam.com - 13 Cara Sahabat TOksik Membuatkan Anda Menderita

Share:

10 comments:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (8) Giveaway (9) Info (22) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (30) Makan (18) Parenting (7) Peribahasa (321) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (52) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *