Cara Tukar Bateri Dapur Gas

Assalamualaikum  

Cerita bermula semasa ketiadaan suami empat hari lepas iaitu hari Isnin atas urusan kerja. Kami dua beranak tinggal bersama. Rutin harian berjalan dengan lancar pada hari Isnin, siap buat kek sarang semut.. walaupun tak menjadi sarangnya sebab tersalah resepi. Next time menjadi, kita kongsikan resepinya.

Kemuncak cerita pada hari Selasa yang lepas, balik kerja rutin harian memasak untuk makan malam berjalan seperti biasa. Disebabkan Sofia berkehendak spaghetti, maka semua barang disediakan sebelum sesi memasak berjalan.

Tikk tikk tikk tikk.. (bunyi bila petik dapur gas)

Image result for dapur gas
Credit : Google
Dapur tak keluar percikan api. Dah sudah. Jam sudah 6.30 petang. Nak tak nak terpaksa mengadu pada suami, Jijoi. Setelah pelbagai usaha dibuat. Goyangkan tong gas kalau-kalau gas sudah habis. Berat lagi. Lap bahagian dapur kalau-kalau tersumbat dek minyak. Pelik sebab bahagian tu jarang sangat berminyak. Buntu. Jadinya spaghetti hari Selasa dimasak dalam periuk elektrik. hiks

Hari Rabu, malas cerita banyak. Beli makanan di pasar malam. Mudahnya hidup kami dua beranak.. haha

Hari Khamis kembali runsing sebab nak masak tapi dapur gas tak nak bekerjasama. Terpaksa minta tolong Jijoi tengokkan walaupun tahu dia masih letih kerana perjalanan yang jauh tadi. Setelah diperiksa, di angkat di tonggeng dapur tu. Kesudahan yang amat menyakitkan hati. Bateri dapur out of servis, tukar baru elok lah dia! aiseyman.. Disebabkan takut nak buat lebih-lebih, iolls tolong hulurkan bateri saja.

Ingatkan dapur gas ni seperti dapur yang selalu mak guna dikampung tu. Kalau banyak buat hal, hantar kedai besi buruk je. hee.. Rupanya tertanam bateri Eveready Heavy Duty di bawah perut dapur ni.
Image result for dapur gas
Credit : Google - Ingatkan dapur macam ni. Simple saja.

Cara tukar bateri dapur gas :-
  • Angkat dan periksa dibahagian bawah sebelah kiri dapur gas anda. Rujuk gambar di bawah.
  • Buka bahagian penutup bateri, dan gantikan bateri yang baru.
  • Petik dapur keluar percikan api is done....

Image result for cara tukar bateri dapur gas
Credit : Google

Naifnya isteri kamu, Jijoi. haha

Share:

5 comments:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (11) Giveaway (9) Info (23) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (32) Makan (19) Parenting (7) Peribahasa (341) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (53) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *