Lapor terus penyebaran kandungan 3R kepada SKMM - BH


KUALA LUMPUR: Penyebaran sebarang kandungan berunsur 3R - Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja) di media sosial boleh dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e-mel mediasosial@mcmc.gov.my

Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak, berkata kaedah itu membantu mempercepatkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas mereka yang didapati menyebarkan kandungan sensitif berkenaan di media sosial.

“Rakyat Malaysia diminta mengambil tangkap layar (screenshot) dan pautan (URL) kepada kandungan yang tidak berhemah di media sosial dan hantar ke talian seperti tertera di atas.

“Bagi kandungan negatif disebarkan melalui WhatsApp pula, sila ambil tindakan yang sama berserta nombor telefon individu yang menyebarkannya bagi tujuan aduan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Al-Ishsal ketika mengulas lanjut, berkata SKMM turut mengingatkan orang ramai agar mengamalkan sikap kesederhanaan ketika mengulas mengenai isu sensitif bagi memulihara keharmonian dan keamanan yang dikecapi sejak terbinanya negara ini, 62 tahun lalu.

Katanya, sebarang ulasan dan penyebaran kenyataan berunsur negatif serta mengancam perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini mesti dihentikan serta-merta demi kepentingan bersama.

“Justeru, berfikirlah sebelum kita membuat sebarang kenyataan atau ulasan mengenai perkara sensitif. Jangan sesekali ‘tweet’, kongsi dan membuat ulasan yang boleh menyinggung perasaan pelbagai kaum di negara ini.

“Hayatilah erti kemerdekaan dan hormati sambutan bulan kemerdekaan yang penuh bermakna ini. Jadilah rakyat yang matang dalam menilai dan membuat pendirian apabila berhadapan dengan ancaman yang boleh memecah-belah perpaduan demi kemakmuran bersama,” katanya.

Sumber : BH Online

Share:

5 comments:

  1. ada juga dengar berita ni di radio.. baguslah atleast orang tak la melampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis RA. skarang melampau2 penyampaian mereka. dah akhir zaman.

      Delete
  2. Makin menjadi-jadi pula diorang nie..

    ReplyDelete
  3. ada tgk ni kat berita tv3.
    bagus.
    ntah nape ekk skang sgt byk isu 3r.
    sekian lama kita bahagia, nape kini timbul??!
    kerajaan kena tegas. kena beri hukuman paling berat.
    then only diorang sedar. dan org lain amik teladan.

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (10) AmilSafwan (1) Family (7) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (20) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (25) Makan (15) Parenting (4) Peribahasa (264) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (47) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *