Jangan Sesekali Berjanji Dengan Anak, Kalau Dah Sebut Tolong Tunaikan

Assalamualaikum

Tajuk panjang kali ini. Kesedaran itu penting. Anak itu anugerah yang tak ternilai, kitalah yang mencoraknya pada masa sekarang untuk menjadi manusia pada masa akan datang. 

Tadi masa makan malam, si ibu mengajak Sofia makan bersama. Sudah menjadi kebiasaan Sofia akan makan nasi bersama ibu. Samada ibu suap atau makan sendiri.

"Kakak, jom makan nasi ." jawapan Sofia, "Sofia nak makan depan tv sambil tengok tv, ibu". Ibu hang mencuba lagi sekali.

"Kakak jom makan nasi di dapur dengan ibu dan ayah. Lepas makan kita sambung tengok tv sambil makan Cloud 9". Panjang arahan ibu Sofia kali ini. Ibu tengah sendukkan nasi, nampak kelibat mek ni di meja makan. Dengar dia pesan dekat ayah nya "Ayah tolong pause cerita ABC Sofia". Kemain!

Image result for pegang tangan anak

Selesai makan, pinggan kotor diangkat cepat-cepat ke sinki bersama cawan dia. Cuci sendiri walaupun tangan tak sampai (karang ibu kena double check keadaan pinggan tu). Meja makan dilapnya laju-laju. Ini tabiat normal kalau nak sambung tengok rancangan kegemaran dia. Sesi tuntutan janji berlaku.

"Ibu mana Cloud 9?" Cepatnya anak membesar. Nasi dalam perut ibu belum habis hadam lagi, dia dah minta makanan lagi. hahaha

Kalau ibu buat tak peduli dengan janji tu, pasti Sofia akan fikir ibu tipu, ibu saja buat janji pelesu. Lepas ni bila ibu minta Sofia buat sesuatu, pasti Sofia tak mau buat. Bila besar nanti pasti Sofia susah nak percayakan orang. Ibu tak mau buat kesilapan yang besar ini.

Ibu tengah menaip ni, tetiba dibawa nya aiskrim Magnum pulak dah. Sofia, hang tak kenyang lagi ka? Sat lagi nak minum susu pulak. Tepuk dahi!

Share:

6 comments:

  1. hahahah...betul tu! budak2 lagi la, kalo kita berjanji, tapi belum tunaikan, sampai tahun depan dia mengungkit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka ingat setiap apa yang kita janji..

      Delete
  2. Anak2 nie penghadaman depa laju betul.. lepas makan nasi dia boleh cakap lapar.. tapi kalau masa dia tak nak makan, rasa macam nak bergaduh dibuatnya.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan Sofia kak, sampai nangis-nangis tanak makan nasi kalau hari tanak.. huhu

      Delete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (10) AmilSafwan (1) Family (7) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (20) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (25) Makan (15) Parenting (4) Peribahasa (263) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (47) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *