Semakin Kita Iri Hati dan Dengki, Semakin Allah Tarik Rezeki Kita


Situasi : Rakan sekerja saya tidak senang dengan kenaikan gred jawatan orang lain, sekiranya gred itu sama atau lebih dari mereka. Sekiranya ada, mereka akan memburuk-burukkan ataupun melemparkan kata-kata sinis kepada orang tersebut.

Jawapan : Hasad dengki telah bermula sejak Allah S.W.T mencipta Nabi Adam lagi. Apabila Allah memerintahkan para malaikat dan iblis sujud kepada Nabi Adam, para malaikat mematuhi perintah Allah, manakala iblis mengengkari-Nya. Ia berasa iri hati terhadap Nabi Adam dan merasakan dirinya lebih baik. Akibat kesombongan itu, Allah mengisytiharkan iblis sebagai penghuni neraka. Inilah sifat permulaan hasad dengki. Punca yang menghalang iblis untuk sujud kepada Nabi Adam tidak lain dan tidak bukan adalah daripada dengki, bongkak, sombong dan riak. Ia berasa dirinya jauh lebih baik daripada Nabi Adam.

Tengok orang lain berjaya, jangan dengki

Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang juga rezeki.

Belajar rasa cukup

Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kamu dari rasa haus, tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kamu. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hari dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. Perbanyakkan zikir, mengigat Allah.

Salam Ramadhan. Masak apa petang ni untuk berbuka? 

Share:

8 comments:

  1. Rasa-rasa negatif itu membinasakan diri sendiri sebenarnya.Kecuali iri hati dengan kejayaan orang lain..tapi jadikan motivasi..itu ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iri hati dan jadikan sebagai motivasi kira sifat positif yang perlu diterapkan

      Delete
  2. betuiii. setuju sangat kak shu. thats why saya kalau tengok orang lain lebih dari saya, saya elakkan diri dari rasa dengki. Jealous tu boleh, selagi tak membawa hasad dengki hehehe

    ReplyDelete
  3. Bila kita di atas, jangan kita memandang hina yang di bawah. Bila kita di bawah, jangan mempersoalkan rezeki mereka yang sedang di atas. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah 🧐

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (10) AmilSafwan (1) Family (7) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (20) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (25) Makan (15) Parenting (4) Peribahasa (263) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (47) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *