02 April 2019

Nougat Cranberry & Almond by Beryl's


Selepas melawat isteri office-mate di An-Nur Bangi, shu bersama yang lain tersinggah ke kilang Beryl's kebetulan lalu berhampiran kilang makanan kesukaan rakyat Malaysia ni. Gambar di atas hanya ilustrasi untuk memberi impak kepada jalan cerita di bawah. Mesti ramai yang pernah ke sini samada di Bangi ataupun Seri Kembangan

Sebaik kaki melangkah masuk, dalam kepala mencongak angka kepingan duit kertas di dalam beg duit, nasiblah hanya cukup-cukup dan takda jumlah yang besar. Kalau tak, habis diborongnya. Nasib sangat

Shu memang akan terus ke rak rejected saja dekat Bangi tu, hahaha sebabnya coklat yang reject ada banyak di situ, dengan harga yang murah dari asal. Reject sebab apa? atas sebab bentuk coklat yang terpeleot, herot kemetot, coloring yang tidak menepati standard mereka. Dan yang paling best, pekerja yang baik serta peramah melayan kami. 

Shu cuba Nougat Cranberry & Almond, terbaik rasanya dengan harga yang berpatutan. Sofia pula memang tak makan makanan yang ada warna-warna hitam. Di asingkannya cranberry tu. alahai anak ibu.

Kalau yang belum tahu, Nougat ni terdapat dalam empat perisa seperti di bawah, dan tadi hanya tinggal sekotak Beryls Nougat Cranberry & Almond.

Beryls Nougat Almond
Beryls Nougat Apricot + Macadamia
Beryls Nougat Chocolate Peanut
Beryls Nougat Cranberry & Almond
Beryls White Chocolate with Strawberry Chips

Tester Beryls White Chocolate with Strawberry Chips ni sangat sedap. Yang dalam packing diatas shu tak jumpa, hanya jumpa yang rejected. pun boleh...

Beryls Tiramisu Almond Milk Chocolate
Antara stor lain Beryls ni adalah di link . Harga semuanya sama, melainkan kalau ada promosi. Yang penting sofia kata, "lepas makan coklat, kena gosok gigi lama-lama nanti gigi kena makan dek ulat, ibu". Acik semua kena dengar pesanan khidmat nasihat.


gambar : Beryls


Terima Kasih

8 comments:

  1. ada bahagian rejected ye kat Beryl's tu.. tak tahuu..
    kalo tak serbu situ jugak. next time pegi boleh tengok. suka beli yang bulat2 tu ada raisin. beli pack besar senang. ramai2 makan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis, seronok kalau bahagian rejected tu ada banyak coklat. hahaha

      Delete
  2. sedap-sedap semua tu.. adehh lama dah tak makan coklat.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Macam-macam jenis coklat ada.

    ReplyDelete
  4. Nanti bila g Bangi lg bolehlah singgah kilang ni borong coklat! Hihi

    ReplyDelete