#26 Bihun Singapore




Bihun Singapore | minggu ot minggu kena masuk ofis awai, jadinya masak ala kadar. campak-campak resepi. dan gambar seharusnya dari google. dah masuk perut baru teringat nak ambil gambar kenangan. hoho

Bahan-Bahan:
3/4 bungkus bihun
sedikit minyak, untuk menumis
1 mangkuk kecil isi ayam, potong ikut suka
1 batang fish cake, potong dadu
1/2 kiub ikan bilis
2 biji telur
kobis, karot, sawi cincang kasar
taugeh (ikut suka)
lada sulah (ikut suka)
garan dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk halus:
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam


Cara Penyediaan:
  1. Rendam bihun semalaman. Tapis dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan isi ayam dan fish cake.
  4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
  5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  6. Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
  7. Angkat dan hiaskan. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar

Tips:
Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik.

resepi : iresipi


Share:

8 comments:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (8) Giveaway (6) Info (22) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (30) Makan (18) Parenting (7) Peribahasa (319) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (51) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *