17# BISKUT KACANG HIJAU

by - 09 June


Resepi Biskut Kacang Hijau | permintaan abang shu di kampung nak kan biskut raya ni. bermulalah sesi pencarian tepung kacang hijau tu hampir 3,4 hari. 

Resepi Biskut Kacang Hijau

Bahan-bahan:
120 gram tepung kacang hijau/peas
180 gram tepung multi purpose
20 gram santan serbuk
100 gram gula aising
1/8 sk baking powder
1/4 sk garam halus
120 gram minyak mazola

Hiasan:
1 kuning telur
sedikit susu cair
sedikit minyak mazola

Cara-cara:
  1. sangai tepung kacang hijau/peas tadi. biarkan sejuk
  2. tepung kacang hijau, tepung multi purpose, gula aising dan baking powder di ayak bersama.
  3. gaul semua bahan hingga menjadi doh bersama minyak mazola.
  4. biarkan 10 minit.
  5. bentuk adunan dan sapu hiasan di atas biskut.
  6. bakar pada suhu 180C selama 15 minit.

note : minyak mazola takda, shu buat dengan minyak jagung. susu takda, shu guna kuning telur saja. kehkeh

You May Also Like

7 comments

  1. kuih ni antara yg wajib bgi saya ketika raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui. tahun sebelum-sebelum ni beli saja. tahun ni terasa nak buat semua kuih. hii

      Delete
  2. dl kecik2 sgt suka mkn ni..

    ReplyDelete
  3. Cantik betul kejadian biskutnya.. Nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
  4. fav jugak ni tapi jarang orang buat

    ReplyDelete

You can say anything but please dont hurt me. Thank you