26 January 2018

4# POPIAH AYAM PERMESAN

alhamdulillah.. haritu ada order dominos pizza topping extra Mozzarella, encik suami kemain suka lagi topping macam tu, sedap katanya. esok siap belikan shu Parmesan buat stok. apa lagi melompat ke bintang lah shu pun. orang cakap rezeki jangan ditolak, utilize sepenuhnya!

terus capai kulit popiah buat cucuq!



Popiah Ayam Parmesan

Bahan-bahannya:
  • kulit popia secukupnya 
  • dada ayam (bahagian tulang ayam pun boleh kalau nak tercekik tulang)
  • cream of Chicken and Mushroom Campbell's 
  • 1 labu bawang besar-potong kiub 
  • 5 ulas bawang putih-cincang halus 
  • 1 tin cendawan butang-potong nipis 
  • 1 batang karot-parut kasar 
  • parutan parmesan
  • serbuk lada hitam 
  • serbuk lada sulah 
  • garam dan gula 

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan ayam cincang dan kacau rata hingga ayam masak. 
  3. Masukkan karot. Biarkan sekejap.
  4. Kemudian masukkan cendawan butang.
  5. Akhir sekali masukkan Cream of chicken mushroom dan gaul rata.
  6. Tambahkan sedikit air. 
  7. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu, serbuk lada hitam dan lada sulah dan sedikit gula.
  8. Balutkan popia, bersama parmesan, gamkan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum dan simpan sekejap dalam peti ais supaya krim jadi pekat. 
  9. Kemudian bolehlah di goreng.

nota : sedap makan popiah parmesan ni sebab bila tarik tu. hihi cubalah! susah shu nak explain. 


No comments:

Post a Comment