Novel : 2 Nyawa 1 Cinta


Tajuk : 2 Nyawa 1 Cinta
Penulis : Hanah Rishas
ISBN : 978-967-0185-55-2
Terbitan : Gedebook

Sinopsis
HUMAIRAH- hidupnya dipenuhi dengan pelbagai soalan yang nyata tidak menemukan sebarang jawapan. Lebih memelikkan, di mana permulaan hubungan dingin dia dengan Fadzlan? Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dia bagai seorang musuh yang harus diperangi? Sungguh, tiada apa-apa yang tinggal di dalam peti ingatan!

“Satu kebetulan yang begitu menakjubkan. Humairah kami muncul depan mata. Nama sama, paras serupa. Awak umpama jelmaan Humairah kami yang dah hilang beberapa tahun lamanya.” – Haikal

Antara percaya atau tidak, kini dia berdiri di tengah-tengah. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lampau tiada tersisa dalam fikiran melainkan mimpi-mimpi yang kerap menjengah kala dia menelusuri lembah tidak berdinding itu. Ara… ‘Humairah' yang seorang lagi- kerap muncul dalam ilusi. Sering membisik bicara yang menokok lagi keserabutan akal fikiran.

“Siapa Mai sebenarnya? Dan dia… perempuan dalam gambar ni… Ara. Nama dia Ara. Paras kami serupa. Seolah orang yang sama. Atau memang orang yang sama?”

Dia terus mencari. Jawapan itu kian menjelma depan mata dan untaian misteri yang berserabut semakin terlerai satu per satu. Humairah… atur langkahnya nyaris meragut nyawa sendiri!


Novel : 2 Nyawa 1 Cinta Novel : 2 Nyawa 1 Cinta Reviewed by Shuhaida Saad on 13 November Rating: 5

6 comments

  1. Penuh teka teki ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita pun banyak imbasan kisah lalu. shu tak berapa nak boleh ikut. sob sob

      Delete
  2. Best novel ini.. Sha dah baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila part imbasan kenangan lalu tu shu jadi slow. hahaha nak kena ingat balik part mana yang berlaku kejadian tu.

      Delete
  3. Kinah ada novel ni tapi tak sempat baca lagi

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90