Selamat Pengantin Baru Firdaus - ShuhaidaSaad

3 Jan 2018

Selamat Pengantin Baru Firdaus


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, adik Shu sudah menjadi suami orang. pada waktu tu Shu tidak dapat hadirkan diri atas sebab tertentu, sedih saja. namun adanya telekomunikasi yang makin maju ni, boleh la Shu tengok dari jauh secara live. :)

sedih memang lah sedih, gila kau semua adik beradik berkumpul, kita saja takda. :( nasib lah masing-masing paham, saling melengkapi. syukur.. selesai semua sebelah pihak perempuan, turn sebelah pihak lelaki pula. masa ni barulah Shu dapat sertai majlis.

Majlis bertandang sebelah lelaki, kami buat secara kecil-kecilan. disebabkan majlis perkahwinan terakhir dari keluarga kami, maka meriahlah sahabat baik sahabat ayah, abang, adik, kak ipar dan Shu sendiri.

majlisnya bermula pukul12 tengah hari sampai 6 petang. sophea sampai demam panas sebab cuaca terlalu panas dengan orang ramai. terpaksalah Shu bawak p KMC. iyalah, balik kampung baru nak sesuaikan diri, sudah push untuk main dengan sepupu, haa hamik kau, demam. haha nasib tak warded, kalau tak lagi naya.

penat melayan tetamu. alhamdulillah semua makanan cukup-cukup takda yang terbuang. :) selesai majlis lepas maghrib semua kami bergotong-royong cuci pinggan cawan mana yang masih berbaki. masa majlis, penanggah dah buat. nak-nak pengantin baru, siap terpijak paku lah ceritanya.

keesokkan harinya masih teruskan usaha membersihkan persekitaran rumah, memandangkan dikampung luas, maka hasilnya lambatlah selesai kerja-kerja pembersihan ni. hahaha sampai ke petang baru siap. 

selesai kerja tu semua, Shu pun berangkat balik ke KL, esoknya dah kerja. :)

No comments:

Post a Comment