Penutup Segmen Bloglist 2026 & Pemenang Bertuah!

Alhamdulillah, secara rasminya segmen Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad telah pun tamat.

Lebih istimewa, penutupan segmen ini bersempena dengan hari lahir mak tersayang. ❤️ Semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Aamiin.

Terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi menyertai segmen ini. Memandangkan saya baru kembali aktif dalam dunia blogging selepas sekian lama menyepi, sokongan dan sambutan daripada kalian amat saya hargai.

Senarai Rakan Blogger yang Menyertai 🌷
Berikut ialah senarai 24 rakan blogger yang telah memeriahkan segmen ini. Terima kasih kerana sudi menyertai dan menyokong usaha kecil saya untuk kembali aktif dalam dunia blogging.

Keputusan Lucky Draw! 🎉
Seperti yang dijanjikan, seorang pemenang bertuah telah dipilih secara rawak menggunakan Wheel of Names.




🎊 Tahniah, Sheila Arshad! 🎊

Anda ialah pemenang bertuah Lucky Draw Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad.

Terima kasih kepada semua yang menyertai. Kepada yang belum bertuah, jangan kecewa, ya! Semoga ada rezeki dalam segmen akan datang.

Walaupun segmen ini telah tamat, jom kita teruskan aktiviti blogwalking (BW), saling berkunjung dan menyokong perkongsian rakan blogger. Semoga silaturahim yang terjalin terus berkekalan.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan semua. Jumpa lagi dalam segmen akan datang!

1 Comments

  1. wah tahniah blogger sheila! semoga terus semangat dan aktif blogging!

    Terima kasih blogger Shu anjurkan segmen ni ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post