Recents in Beach

#25 BREAKFAST OAT BUAH (APPLE & ANGGUR)


Hendak Seribu Daya | Cemburu dengan mereka yang mampu bertahan/berpantang makan selama berbulan-bulan. Shu baru seminggu berdiet bagai kucing kehilangan anak, tak tenteram. Disebabkan Joi pun sudah bersuara nak berdiet, adalah partner. Dari segi masakan, sama menu. Kalau tak 3,4 menu jenuh jugak. 

shu buat oat biasa tanpa yogurt, sudah jadi kesukaan Joi, oat buahan.

Bahan-bahan :
5 sudu oat rolled
1/3 sudu teh madu
3/4 cawan susu rendah lemak
buah anggur tanpa biji
buah epal potong kecil

Cara-cara :
1. Gaulkan semua bahan bersama kecuali buah-buahan.
2. Kemudian masukkan buah-buah.

nak sedap, oat biarkan semalaman. oat rolled ni tak macam instant oat, kalau nak makan pada masa yang sama. agak lenguh dagu mengunyah. oat ni sedap dan tak muak.

oats rolled

malam tadi ada orang rajin tolong shu buatkan oat. Dengan rela hati datang serah diri nak menolong. jadi disebabkan anggur tu warna gelap, dengan laju dia kopek kulit. dah berbogel semua anggur teman. oat ayah dia tak berani nak tolong, so anggur semua sopan ja dalam oat ayahnya.

Post a Comment

3 Comments

  1. sha tak pernah cuba lagi rolled oat nie..

    ReplyDelete
  2. Nak diet jugakkk. .Hihi.. Nak try lah buat menu ni nanti.. Macam sedap, menarik jee..

    ReplyDelete
  3. Ana selalu guna instant oat je sebab makan dgn cereal terus. Nak try lah rolled oat pula.

    ReplyDelete