Recents in Beach

#11 AYAM MASAK MERAH


Ayam Masak Merah | ini masakan berbuka semalam. disebabkan tak dan pegang handphone, maka tak dan nak update. gambar semuanya dari carian google. nak ambik gambar masakan shu memang tak sempat sebab cedok masuk mangkuk standby nak berbuka dah. hihi dah masuk perut baru teringat nak bergambar. sadis.

Resepi : Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
3/4 ayam
Serbuk kunyit
Garam halus
3 sudu besar sos chili
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato (dicincang kasar)
2 sudu kecil gula pasir
2 batang serai
Bunga lawang dan kulit kayu manis
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 kotak santan

1 biji bawang Holland (dipotong bulat)

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili kering
4 cm halia

Cara-cara:
  • lumur ayam yang sudah siap dipotong dan dibersihkan bersama kunyit dan garam.
  • panaskan minyak dan goreng ayam seketika. kemudian toskan minyak.
  • tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi. kemudian masukkan bunga lawang, kayu manis, dan serai.
  • masukkan sos cili, sos tomato. kacau rata dan masak hingga pecah minyak. 
  • masukkan tomato. biarkan sehingga hancur. masukkan santan, kacau sehingga mendidih.
  • ayam goreng, garam dan gula. memandangkan bulan ramadhan ni, shu main tabur saja perisa. tambahan sedikit kiub sup ayam knor.

Tips :
  1. sebelum masak, semasa masak, pastikan semua barang bersih. nanti boleh keracunan.
  2. masak cili kering hingga pecah minyak sebab kalau tak nanti bau cili. shu memang akan masak lama cili kering tu.
  3. ayam goreng masak sepenuhnya. shu tak boleh makan kalau ayam ada merah-merah lagi. nak nangis saja rasa.
  4. bawang, cili kering, dan halia shu memang letak banyak dalam setiap masakan shu. baru sedap. hihihi.


gambar : google

Post a Comment

1 Comments

  1. Sedapnya buat juadah lauk bersahur nie..

    ReplyDelete