Recents in Beach

#12 AYAM MASAK KURMA


Ayam Masak Kurma |  disebabkan shu dan jijoi makan ayam masak merah, dak kecik ni nak makan ayam masak kurma pulak. katanya nak ayam putih. pening ibu pikir.

Resepi : Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan:
3,4 ketul kecil ayam
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
1/4 kotak santan
1 batang serai
sedikit minyak
garam & kiub sup ayam knor
3 biji cili hijau - untuk yang makan pedas, dak sophea tak makan pedas lagi, so shu tak letak cili hijau

Bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang


Cara-cara:
  • panaskan sedikit minyak
  • tumis bahan kisar hingga wangi bersama serai.
  • masukkan rempah kurma, dan gaul sebati, guna api perlahan supaya rempah tak cepat hangit.
  • masukkan ayam bersama kentang. masak hingga empuk.
  • masukkan santan, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  • masukkan garam, kiub sup ayam knor.
  • perlahankan api hingga terbit minyak.

Nota : ni portion seorang makan dan orang tu adalah dak sophea berumur 3.3 tahun.

gambar : google

Post a Comment

2 Comments