Pagi itu, kami bertolak dari rumah menuju ke Lapang Sasar Gemas. Tujuannya untuk menghantar ayah Sofia yang akan menjalani latihan menembak.
Selepas ayah turun dan masuk untuk menjalani latihan, tinggal kami dua beranak. Sementara menunggu latihan ayahnya selesai, kami mengambil kesempatan untuk meronda dan berjalan-jalan. Tanpa tujuan yang terlalu khusus, kami terus bergerak hingga akhirnya sampai ke Teluk Kemang.
Sampai di sana, kami singgah makan tengah hari di McDonald's. Yang menariknya, kami tidak makan di dalam restoran. Kami bawa makanan masuk ke dalam kereta, kemudian duduk menikmati lunch sambil menghadap pantai dari dalam kereta.
.jpg)
Selepas selesai makan, kami mula mencari hotel yang menarik untuk menginap. Selepas melihat beberapa pilihan, akhirnya Thistle Port Dickson menjadi pilihan. Kami pun check-in dan masuk ke bilik untuk menyegarkan badan, berehat dan menunggu masa untuk mengambil ayah Sofia.

.jpg)
Selesai mengambil ayah Sofia di Padang Sasar Gemar, kami teruskan perjalanan dan jalan-jalan ke Dataran Gemas. Di sana kami luangkan masa bersama, menikmati makanan dan suasana. Selepas selesai makan, kami tidak terus balik dengan tangan kosong. Kami tapau makanan untuk dibawa pulang ke bilik hotel. Malam itu kami kembali ke Thistle. Penat seharian berjalan, tetapi hati terasa puas.
Esok paginya, kami keluar awal untuk sarapan. Kami menikmati breakfast di lobi hotel, kemudian berjalan-jalan pula di sekitar pantai.
Pagi itu terasa lebih tenang. Selepas menikmati suasana pantai, kami kembali ke hotel untuk bersiap dan akhirnya check out.
Hanya 2 hari 1 malam.
Namun, perjalanan yang pendek itu menyimpan begitu banyak momen kecil yang masih boleh dikenang.
Kadang-kadang, bukan tempat yang menjadikan sesuatu perjalanan itu istimewa. Tetapi siapa yang bersama kita sepanjang perjalanan itu.
Post a Comment