12 February 2019

Pewaris Tahta Cinta oleh Siti Khadijah

 

Review :
3/5 rate. Kisah cinta si ayah yang tidak kesampaian, dan akhirnya anak menjadi pewaris untuk kisah cinta yang sama dan bakal berulang, bila cinta terhalang dek pangkat dan darjat. Dalam dendam terbit bait-bait cinta yang bersulam diantara Syed Aryan dan Wafiya. Demi cinta dan dendam mama, Syed Aryan tidak tahu hendak memilih.

Terikat dengan janji mamanya untuk merosakkan dan meninggalkan Wafiya, Aryan akur dan meninggalkan Wafiya sendiri hingga diusir keluar dari rumah mereka. Wafiya menghilangkan diri, Aryan beribadat dan memohon keampunan dan petunjuk.

Setelah berpisah lama, akhirnya Aryan bertemu Wafiya tanpa sengaja dirumah mak longnya. Tekad Aryan untuk mendapatkan semula Wafiya, sehingga sanggup melepaskan harta yang bertimbung semata-mata kerana Wafiya. Kehidupan mereka bahagian hingga ke akhirnya.

Cuma watak yang dibawa oleh keluarga Syed Aryan agak seram bila mana sanggup memperlakukan Wafiya hingga separuh mati hanya kerana dendam. sepak terajang sudah tidak peduli, hingga sanggup membunuh. dan Wafiya seorang gadis yang terlalu naif dan mudah memaafkan orang lain. (read: 11&12-Jan-19)



2 comments:

  1. Kalau kak PC baca ni rasanya meleleh air mata ni.Baca sinopsis pun dah rasa sedih dan geram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bengkak mata bila shu baca kak. hahahaha sebab sedih sangat terbayang Wafiya di buat macam tu.

      Delete