10 January 2019

Isteri Untuk Disewa by Syamnuriezmil


Sinopsis :
Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? 
Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?

Review:
3/5 rate. Memandangkan baru bulan Nov haritu novel ini telah diterbitkan dalam bentuk drama. Terbaik dan sangat menarik hati. (baca : 10&11-Jan-19)



Terima Kasih

5 comments:

  1. Haa~ dari novel la drama tu.. macam best. simple je. Haha

    ReplyDelete
  2. haha mesti pening watak heroin tu

    ReplyDelete
  3. Saya dah baca novel ni dan tengok drama. Bagi saya novel lagi best. Saya tengok drama separuh jalan je😅

    ReplyDelete
  4. nice drama. aida suka.
    tapi novel aida x baca.

    ReplyDelete