18# BISKUT HELLO KITTY

by - 09 June


Biskut Hello Kitty | ini permintaan anak dara yang kian meningkat besar. katanya nak makan bersama abang sepupu di kampung. ibu bagi peluang untuk dia hias biskut dia sendiri.

Resepi Biskut Hello Kitty

Bahan-bahan:
125 gram buttercup
50 gram gula aising
125 gram tepung multi purpose
75 gram tepung potata
50 gram cornflakes dikisar halur

Hiasan:
Ceri dan chocholate chips

Cara-cara:
  1. pukul bersama buttercup dan gula aising hingga warna pucat.
  2. masukkan bersama tepung multi purpose, tepung potato yang telah diayak bersama.
  3. masukkan cornflakes.
  4. gaul sebati supaya menjadi doh.
  5. bentukkan adunan dengan penekap berbentuk hello kitty dan susun di dalam dulang.
  6. hias ikut imaginasi masing-masing.
  7. bakar pada suhu 130-140C selama 30-35 minit. ini stress. haha

note : gambar di sebalik tabir.
dulang pertama dia rasmi dulu. ibu buat satu ja.
antara dulang terakhir. kesian weyh hello kitty kena chicken pox!

You May Also Like

8 comments

  1. Replies
    1. ibu dia tak mampu nak buat mata tu kecik-kecik. bila dah kena chicken pox, terpaksa takeover. hahaha

      Delete
  2. comel je yg hello kitty kena chicken pox :P

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..nasib dulang terakhir. ayahnya makan sedap sebab banyak coklat chips. haha

      Delete
  3. hehehe.. comei je dia. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D terima kasih. hasil kerja anak dara 3 tahun tu. hihi

      Delete
  4. Comelnya.. Pasti jadi pilihan anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bawak balik ke kampung, tapau nenek di sini sikit, nenek pun makan. hahaha

      Delete

You can say anything but please dont hurt me. Thank you