Recents in Beach

#14 TOM YAM AYAM


Favorite | makanan yang shu tak boleh tinggalkan sejak azali. hiperbola sangat bila cakap macam tu. ni makanan yang dengan pantas masuk ke ruang pikiran shu kalau nak masak. bila di tepis-tepis baru dapat masak masakan lain. kalau tak memang hari-hari makan tom yam dik non. 

Resepi : Tom Yam Ayam

Bahan – Bahan A:
4 biji bawang merah
2 biji tomato
1 batang serai

Bahan B:
1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang besar – hiris
2 kiub tom yam knor
sayuran (carrot, cauliflower, jagung kecil, cendawan & kubis)
4 helai daun limau purut
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
20 biji cili padi
1 sudu susu pekat
1 biji limau kasturi
air
garam & gula

Cara – Cara:
  • tumis bahan A sehingga garing.
  • masukkan tomato, biarkan hingga hancur tomato.
  • masukkan ayam. lepas tu masukkan pula air.
  • bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayuran, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika.
  • akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
  • siap untuk di hidangkan.
gambar : google

Post a Comment

4 Comments

  1. tomyam pun antara my favorite hehhee. lagi-lagi tomyam campur. yezzah!

    ReplyDelete
  2. suka jugak lagi2 kalooo banyak cendawan ^^

    ReplyDelete